Dec 31, 2012

bukan susah untuk minta maaf pun


perasaan sayang yang hampir MATI

Kadangkala bila kita terlalu sakit or terlalu tersiksa kita tak sedar apa yang kita lakukan. Bila hati ini dah merajuk tambah lagi dgn keegoan orang lain yang tak pernah hadir untuk memujuk, perasaan sayang tu akan mati dan hilang mcmtu je. Bila kita rasa sudah sampai masanya untuk kita buang dia dalam hidup kita, kita tetap akan buang juga. Kesabaran ada juga batasnya. Bila sabar itu hilang, tawar hati itu pasti datang. Tidak mahu berharap apa2 lg yang tak pasti. Sakit, jatuh dan bangun hanya ada DIRI SENDIRI dan ALLAH SWT.

Masa yang diambil tak perlu lama. cukup hanya sekadar beberapa hari untuk berfikir dan menyelesaikan bukan berdiam diri, hilang dan sepi tanpa khabar berita. Aku manusia dan perempuan yang punya perasaan. Bila kau tak perlu aku, kau campak ikut suka kau. Kau maki aku. Kau kasar dgn aku. Tapi dulu, bila kau perlu aku, aku lah yg kau cari, aku lah tempat mengadu, aku lah sahabat setia yg sedia mendengar isi hati kau. Sekarang apa pula?cukuplah aku menderita. cukuplah buat aku sakit. jangan datang lagi dalam hidup aku kalau kau taknak dan tak perlukan aku.

Dec 22, 2012

menangis sambil nyanyi ?

Good morning peeps !
harini bangun pagi rasa ceria sket. huhu semalam g melalak sampai pagi kot!  bgun je suara takde sekejap. akibat FEEL sgt g melalak. bila ada kawan ni tu makin menjadi. hehehe. ape2 pon best gila TETAPI, ntah macamna la semalam bila kak sal nyanyi lagu (Nurul- kerana terluka) aku boleh pulak feeling. sedih weyh. sentap rsenye. menusuk dalam jiwa kot. aku boleh bantai menangis kat situ ! errr malu gila dgn mirul,mapes,zareef,wani,melly,sal,nurna gan nikmat. korang bayangkan la bpe org kat situ. phew. mujur nafiz takde. kalau tak lg la bertambah malu. eh yeke ? aku rse if nafiz ade, aku takkan nangis kot. sebab dy kekuatan aku. kekuatan? BOLEH LA. tpi tu dulu la kot. skang nafiz dh takde lg. wuargh. nak nafiz balik !!

Aku taktau la apesal aku maseh lg teringat kat dia. susah nak lupa weh ! walau sakit hati, walau sedih, walau tahu aku bukan utk dia tapi masih lg teringat muka dia and kenangan lalu. benci la. nak delete semua. semuanya. taknak ingat ape2 dah! anyway, cube try hayati lirik lagu nurul ni yg buat aku rasa sedih sgt smlm tu. sure korang pon akan nangis kan kalau jadi aku ? :'(


Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan…
Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…
Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini
Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Dec 20, 2012

I'm SORRY

actually banyak sgt2 benda nk story kat sini tapi tak tersempat2. Yang pasti , aku dh boleh terima kenyataan yang aku dan FIRDAUS RAHIM dah takde ape2. redha dan pasrah. Cuma, aku sedih sebab ada beberapa hajat aku yang dia belum sempat untuk tunaikan. Tak apalah bukan rezeki aku kot. Tapi yang pasti semasa entry ni ditulis, aku sangat2 merindukan seseorang. Aku rindukan MOHD KHAIRUL NAFIZ. I know I was wrong, tp perlukah awak menyepikan diri mcmni skali ? Teruk sgt ke apa yg sy dh buat kat awak ? Ya ALLAH taktau cmna nk going back to normal. Rasa mcm nk putar semula masa. Kepada dua insan yang bernama FIRDAUS dan NAFIZ, aku memohon ampun dan maaf jika perbuatan ini, kata-kata ini,ego ini, degil ini membuatkan kalian berasa menyesal mengenali insan yg bernama shahirah. Major of the problem comes from me. I'm sorry I can't  be PERFECT


27 SEPTEMBER 2012 the day you found her

Assalamualaikum ?

Err  dunno how to start my story. Just now, aku search nama dia lg. Taktau kenapa tangan ni gatal sgt. Kan dh sedih balik ! elok2 okay je tak rasa apa2 ni dh rasa balik (kot). Sekali lg dipermudahkan utk jumpa acc TWITTER dia yang ntah keberapa tanpa sengaja. Then baca la tweet2 yg sedia ada. OMG, sedih lagi. Kenapa la aku ni cepat sgt rasa cmtu ?! ni yg rasa nak marah dengan diri sendiri ni. Hurm :(. Aku saja nk tau sejak bila dia mula kenal aaina then seperti tajuk entry ini, disitulah harinya bermula. itu yang aku notice. Maybe sebelum2 ni lagi dh contact kot. Just a MONTH aku left him I mean ktaorg decide tak contact and bwa haluan masing2 dlu utk sementara waktu tup2 he have someone else dah. Cukup hanya sebulan dia mampu BUANG sayang yg pernah wujud selama bberapa tahun ? mudah kan ? aku taktau la whether aku patut ke tak cerita semua ni kat sini tp inilah aku. I dun have someone to share this. I just have ALLAH that always hear my rintihan. Ada kawan yg sgt rapat dan sgt aku sayang pon dh pergi tinggalkan aku sendiri. I need someone that I can cry on his/her shoulder. I thought NAFIZ will be the right one but my assumptions was wrong. Tak apalah. aku tak boleh harapkan seseorang lagi. kekuatan aku, jatuh bangun aku semua terletak ats diri aku sendiri. Jauh lagi perjalanan. Semoga aku sentiasa dalam rahmatNYA. Aminn~

Dec 5, 2012

kehebatan DOA dan kuasa ALLAH

harini ALLAH nak tunjuk something kat aku. Ya Allah betapa mudahnya dia bg hint kat aku.. Harini baru aku tahu kenapa hatinya begitu keras even taknak cube lgsung bg 2nd chance kat aku.. dia dh ade yg lain.. just imagine hati ni tergerak nak bkk fb dia..wlpon aku tau ia salah tp hati ni kuat mgatakan utk bukak..
dlam diam, dia ade akaun fb lain then tertera email dgunakan utk acc kdua.. aku logout acc prtma ak cube utk yg kdua.. ak harap sgt ak dpt temui ssuatu and finally AAINA.. subhanallah.. betapa sedih,luluhnya hati ni mmbce sgala isi nya..aku tak sgka dia yg aku knl akn buat aku mcmni..aku prcye dia.. no wonder prsaan syg tu cpt sgt hilang utk aku..

betapa susahnya aku utk maafkn dia hnya allah sje yg tahu..want to be the best for aaina? ya allah..snggup dia buang aku org yg dia cinta slme bbrpe thun ni? taktau dimana silapnya..rsenye mslh kmi tak bsr mana pon..kalaulah aku tahu akhirnya bgini lebih baik aku mmlih org yg lebih myanyangi aku..sanggup ak ketepikan prasaan org yg btul2 ikhlas sygkn aku..aku pasrah menerima ujian kau ya allah.. jika ini ujian yg kau beri,pasti ad hkmah dsbaliknya..

guys, doakan kbhgiaan aku..doakan aku kuat utk tmpuhi smua ini..

Nov 27, 2012

DON'T DIE FROM A BROKEN HEART


kelmarin,
hari yang sangat sakit. airmata ini mengalir tanpa henti sehingga ke pagi.. aku redha ya allah.. aku tahu ini ujian yang kau berikan utk aku lebih maju dan kuat.. ye aku telah mengecewakan dua hati dan aku juga telah hilang dua hati dlm masa yg sama.. aku dimarahi, dikasari.. tak pernah aku rasa perasaan sebegini.. aku bukan protes tp aku sedih dan nak menyendiri tp kau tak pernah mengerti.. aku umpama "punching bag", tempat dimana manusia melepaskan kemarahan dan tumbukan.. aku terasa tamparan itu..sungguh hebat dan tajam walaupun hanya sekadar kata-kata..aku punca segala masalah.. adakah aku? atau hati ini sebenarnya tak cukup kuat utk membuat keputusan? atau diri ini selalu menyusahkan? entah lah..

kelmarin,
peristiwa bulan JUN masih tak dpt dilupakan..ye aku tau semuanya salah aku.. aku sebegitu kerana keadaan kita yg semakin teruk..aku keliru dgn perasaan aku sendiri.. aku cuba utk JUJUR, yes I do but it is too late..aku sendiri yg merumitkan keadaan dan spoilkn segalanya.. jujurku tak cukup kerana aku tidak jujur pada permulaan..tapi aku tak berniat utk hilangkan kepercayaan kau dan berlaku curang.. aku tak sedar bhwa caraku adalah salah.. maafkan aku atas segala salah dan silap yg pernah aku lakukan..

hari ini,
aku cuba bangun dan belajar menerima kenyataan bahawa aku telah kehilangan 2 hati pada hari ini..past is past..aku kene kuat..aku tak boleh sakit mcmni..aku mesti bangun utk teruskan hidupku..ALLAH dah merancang ini semua utk aku.. DIA sediakan rancangan yg lebih baik utk aku pada masa akan datang.. aku kene cepat sihat utk terus bekerja..aku redha ya allah.. sesungguhnya cinta manusia itu hanya sementara tetapi cinta ENGKAU kekal abadi.. subhanallah..

Oct 14, 2012

~ OMBAK RINDU ~

ASSALAMUALAIKUM . . .

Semalam aku smpai rumah makbusu aku. mak nak balik kampung sbb nk ziarah atok and nenek.. ehem2.. kampung ?? kampung at singapore? hahaha.. exchange lah.. nak balik TOWN jumpa atok and nenek..hihi..(mcm eksyen pulak ayat aku kan).. dah penat online FB yg dh brpe lme tak bukak tu aku pon suruhlah my sweet little kazen bkak ape2 movie best.. so scroll2 ternampak lah citer "OMBAK RINDU".. taktau kenapa suddenly nk watch this movie.. maybe sbb teringat someone and aku rse rindu sgt.. igt lg ayat dia.. My style like aaron..ayat and perbuatan kasar tapi sbnarnya lembut.. Then smlm aku tgk, mmg terasa jugak dlm hati ni kerinduan tu.. tapi, ntahla.. aku rse aku pon dh mkin jauh.. i dunno but itu yg aku rasakn skang.. rindu tetap ada tp hati ni merintih.. :'(

Thanks to 'x' sbb wake me up from dreaming.. now dlm kpla ni fikir tentang kerja je stiap mse.. alhamdulillah in 1 week aku dpt close 2.. permulaan yg baik rite ? harap aku dpt tingkatkn lg.. maybe sebulan aku dpt close 10 ke.. hee amin.. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusanku ya allah..

Sep 23, 2012

hate personal problem!

assalamualaikum w.h.b.t
oh my GOD dh lame jugak aku menyepi. Lately busy gila . dgn event office lg, kursus, exam mmg terkejar2 smpaikan tak cukup rest and tido jugak lah aku.. mujur la keje aku ni takde punch card lau tidak merah sokmo la..

hurm diam tak diam dh beberapa bulan aku dengan dunia SALES aku.. mmg tak suka pada mulanya tp makin lme makin kuat rsenye smgat ni utk stay dlm bidang ni.. smpaikn terasa nk smbung belajar dlm bidang ni pon ade.. hihi..walaupon busy dgn kerja tp STRESS tetap ada..aku ni tak habis2 dgn personal problem aku smpaikn aku rse dh fedup and takleh nk go on lg tp aku cuba kuatkan smgat aku sptmna aku kuatkn smgt aku dlm bidang kerja aku..

Day by day OUR relationship is going worse. eisk sedey :'(.. kenapa jd mcmni ye ? betulke jarak jauh tu punca utama jd mcmni ? even abg aku yg dkat tu pon slalu gado tmbh lg yg jauh cm aku ni.. tp abg aku takpela dy dh kawen gado2 pon apa ada hal.. dh kawen maa.. pndai2 le pujuk..

I dunno how to fix this problem.. aku dengan keegoan aku, kedegilan aku.. mmg so far dy sorang je tau cmne aku tp aku pon dh takleh tahan jugak.. He's kind but sometime his words harsh. Just imagine everytime   ktaorg on the phone, mesti gadoh.. duk jauh2 pon bergadoh kn ? mcm pelik tp benar.. agaknya nk kene smggu tak call or contact baru okay kot.. ntah la.. i'm tired.. time to move on.. WAKEUP!!!!


Aug 12, 2012

SENTAP !

Bangun pagi2 dh kene perli..

mak tanya : kakak cuti ke hari jumaat ?
 aku            : tak tp boleh je kalau nk cuti.. 
Abg            : HAA boleh pon cuti igt tak boleh ( nada perli ).. ayat ni dia ulang byk kali plak.. gila    babi aku terasa shial ! 
Mak            : ha nnti hri jumaat pagi kakak anta mak kat melaka sentral lpstu buke puasa kat rumah nnti abg amek bwk balek kg.. 
aku             : alaa ma bbuke kat lua suda takyah nk msk2 kn senang ( dgn nada bgurau ) pastu abg ckp . . .
abg            : yela org berkerjaya kn.. profesional.. mkn sume kat lua dah tanak kat uma ( perli   lagi )

Apalagi naik lah temperature aku.. elok aku nk kua g sopin raya terus takde mood.. takyah la nk msuk cmpur karier aku.. dh tu nk perli2.. bukan nk support pon.. Argh ! takpayah suh support bukan dorang tau pon keje ape aku buat.. nk condemn je tau lah ! 

Aku tak harap lebih tapi aku berharap keje yg aku buat ni dpt bg aku rezeki drpd sumber yg HALAL. and yg paling penting, aku dpt bg mak duit tiap2 bulan aku dh sgt2 bsyukur. wlpon aku slalu je nk gado gan mak tp aku ttp nk jd ank yg baik and berjasa.. ala gadoh sikit2 tu biasalah.. aku nk senangkan mak ! aku nk bg mak duit banyak2 ! ya allah kabulkan lah doa ku . .

Jul 15, 2012

weekend yg sunyi ?

My WEEKEND kali ni is quite bored.. ma ajak kuar tp aku malas SO aku decide utk stay at home and kemas rumah je..yela lately org2 rumah bising sbb asl weekend je mesti aku ade event yg kne attend so this time aku decide stay umah je..kemas, vacum, mop lantai (eh yeke? ) hee.. cuci kipas.. argh letih.. and now nk buat preparation utk start keje besok..WAH! iye2 je aku kan.. tak prnh2 prepare file2 utk keje tetibe hrini nak buat macamtu.. ni kire a part of SEMANGAT aku utk jihad bisnes nih..

Hurm, lg beberapa hari birthday yg tersayang tp aku tak prepare ape2 pon..dh jauh2 ni susa nk suprise2 :( Actually, nak jumpe this week tp die keje and itu sbnnrye bkn alasan utk tak boleh jmpe sbnrnye tp aku sndri yg letak halangan tu.. duit tu boleh je nk korek2 wlpon gah kering.. haih sian die.. ape aku nk buat ney??

Tp macam tak caye je yg kami dh jarang msg or call sume.. aku rse cam tak ready utk life yg SINGLE.. rindu tp aku tau tu sume ujian utk aku nk tgk aku kuat ke tak.. fon dari td pon senyap je.. tp bgus gak tak payah nak charge..malam ni baru charge tu pon utk g keje sok pagi.. tp pelik sbb selalu BUNYI.. :'((
Okay2 dh shyra tak payah nak mengharap sangat fon tu bunyi.. terima kenyataan je kayh ? JANGAN FIKIR.. ok FULL STOP.. kite citer benda lain pulak..



Jul 14, 2012

Jihad Business ?

PKI is stand for Perunding Kewangan Islam.. sedap je dgr karier tu kan ? tp ya allah tanggungjwbnya berat sungguh.. Tugas sbgai prunding kewangan adalah utk menasihatkan org spya merancang kwgan based on syariah compliance.. bebas dri unsur2 riba, maisir dan judi..ingat sng kew nk consult org ? DULU, aku tak pernah suka dgn apa aku buat tp skang aku tekad utk truskan keje ni sbg FULL TIME.. Biar lah org nak kata apa tp aku ttp nk buat.. My mum tak skong pada mulanya but aku degil tetap nk truskan.. 

This kind of work mcm bt bisnes gak.. if kite bt keje, dpt lah duit hasil usaha kita.. tak mcm kerja mkn gaji boleh skip2 and dpt fixed salary.. Now, shyra is reborn..ececece.. Bru skang nk bkk mata yg kje aku bt skang ni can get unlimited RM and free time.. just need discipline, attitude, hardworking and desire ONLY..

REMEMBER, 9/10 rezeki adalah drpada berbisnes.. See, besar tu 9/10.. Rasulullah pon dlu berniaga.. Tgk lah Msia yg kaya2 sume cina.. Melayu bila ? nk berjihad pon nk kne ade duit.. money is not everything but everything need money.. Am I rite ? Tgklah negara2 Islam mcm Bosnia, Palestine, Gaza tu sume.. Sapa yg nk bntu dorang kalau bkn umat Islam sndri ? tu sume perlukan duit.. Aku harap, ALLAH permudahkan apa yg aku buat skang.. Mungkin income takde tp 1 hari dgn berkat ksbaran, usaha dan istiqamahku segalanya berjalan lancar.. amin.. Suddenly teringat kata2 seorang GAM mse kursus hrtu.. brg siapa niatnya utk berjihad, egtlah saat2 akhir pemergian Rasulullah..

hari terakhir Nabi Muhammad





renung2kan . .

Jul 4, 2012

SHOW ME THE WAY

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side


Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way


Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side


Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way


InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Jul 1, 2012

TAK JUMPE WLPON JARAK HNYA BBRPA LANGKAH

Harini dh msuk bulan JULY and dh sebulan jugak aku tak jumpe dia . . Acctly dia cuti start from 29 and 30 JUNE sbb nk attend bestfriend dia punye engagement kat area seremban but dia stay uma kazen dia at ampang.. Aku naaakkkk sgt2 jmpe dia and nk g mjlis tu sama2 tp tak bksmpatan sbb takde transport.. haih bile lah aku nk ade kereta sndri nih.. urmm and aku agak frust sbb dh dekat tp takleh nk meet so aku pon sabar jela myb takde rzki..

AND SO , today dia nak balek pagi2 sbb tumpang kazen dia trus ke JB.. Smlm, aku rindu sgt kat dia.. igtkan bolehla txt or gayot smpai lebam mcm dolu2 tp takpon..aku faham dia nk jmpe mmber2 lepak.. tp aku still nk gak tggu dia smlm smpai dia balek.. tu tak kesa la kn sbb rindu pnye psl tp yg aku sgt2 sedey is harini ah.. kete kazen dy osak and dy call aku dy ckp dy nk trun mlke central.. aku rushing lah sbb pda pndpt aku myb dy dpt bas ptg.. sbb dy pon tak ckp pape lgsung kat aku.. aku dgn bru pas masak, tak mndi, tak mkn, tak solat trus siap dgn kdar segera. . elok nk kua umah, aku call.. dy ckp bas pkul 3 so cm takyah dtg pon takpe.. so pas dgr gitu mata ni pon cpt je nk berkaca2 tp aku tahan awl2 sbb takot kantoi dgn family..

OTW ke MC aku call dy and dy mcm nk marah2.. aku tahan.. aku sedey tp aku still berkeras nk g gak wlpon dpt tgk dri jauh.. aku end call then trus bwk kete mcm org gila..byk plak kete kat mlke ni ujung mggu..bngang aku..mse kua umah tu dh pkul 2.40 gitu tp aku harung gak..smpai2 MC pkul 2.50 tp dsebabkn dh sedey aku decide tanak trun kete..nk stay and perhati dri jauh je smpai bas dia jalan.. If nk ikotkn rse rindu, aku nk sgt2 jmpe dy tgk mke dy bckp2 gan dy tp sume tak dpt..


just IMAGINE, wlpon anda berada dtmpt yg sme yg jaraknya hanyalah bbrpa lgkah tp still TAK JUMPE.. sedeykan?? 1st time aku rse macamtu.. aku frust sgt2... aku nanges sbb dh tak tahan.. sebak gila nak2 bila bas dia lalu dpn mata aku tnpa aku nmpk and lambai dia.. Ya Allah.. mmg smpai sesak nafas aku control perasaan sedey tuh..  tp yang pasti, aku sangat rindukan dia.. eisk :'(


Jun 19, 2012

I'm LOST

pergh lame rsenye tak sign in blog.. semenjak busy lh kunun.. byk gile bnda yg dh tmpuh... g sabah is such a great holiday TAPI ade yg sgt tak best.. kantoi kot.. ntah knpe aku sngje yg nk bg kantoi sume tu... Sumpah aku takde niat pon nk tipu or curang gan dy.. aku jujur kot... mgkin pada dy aku tak jujur.. ntahla.. tp mmg slh aku sbb aku angkat call si gila nafiz tu dpn dy siap ckp sweet2.. (kot)..

gado teruk gak ah tp da settle rsenye.. harap2 sume kmbali spt biasa.. ntah aku hnya mmpu berdoa je..
makin hari aku taktau ape nk jadi gan aku...mcm org yg dh LOST.. aku nk crik balik dri aku.. jauh sgt dh rsenye dgn DIA..


ya allah, sesungguhnya aku hamba yg hina disisiMu..

May 8, 2012

BERHIJRAH ?


rase mcm nk tuka font dlm blog ni lah tp takde time.. hurm takde kene mgne dgn ap yg aku nk citer.. td tgk DAISYPATH kat blog sendiri then a lil bit terperanjat sbb tak sngka diam tak diam dh setahun, 5 bulan and seminggu hbgn yg terjalin antara kami berdua.. Ya Allah hanya dy yg cukup masak dgn perangai2 aku, cara aku, bahasa aku, keegoan aku, kedegilan aku dan segalanya tentang aku.. semoga dia adalah JODOHKU YA ALLAH..aku rse org len tak mgkin dpt sabar dgn kerenah aku sptmana dy.. I LOVE YOU MR.F :D . . muakhs3..

Org kata BERHIJRAH adalah 1 bnda yg baik.. mungkinkah giliran aku sudah tiba utk berhijrah dan merantau ?
ahaa.. RAHSIA.. kalau jadi, jadi lah kalau tak jadi, aku jadikan jugak.. selamat tinggal kawan2.. cewah!

Apr 13, 2012

:'((

subhanallah kenapa harini aku rasa down sgt.. aku nk nangis and aku nk mengadu tp takde tmpt utk aku luahkan.. dri semalam tido dgn keadaan yg sgt sedih , tak lena and pagi ni selamba je aku tak g meeting wajib.. mmpos nk kne denda.. duit makin hari makin rabak.. duit kua byk duit masuk takde.. patot ke aku quit ? mcm awl je lg.. aku pon tak cukup cabar diri aku utk buat sume ni.. tp kenapa aku rasakan setiap kali kata2 yg kau keluarkan dari mulut kau aku rasa sedih sgt ? kenapa ?? aku dh mcm takleh bdikari sndri bile aku tau kau ade kat blakang aku.. aku nak aku yg dulu.. fullstop

Apr 4, 2012

lepak ofis mlm2 ?

aha ! jgn taktau bese org g ofis utk keje kn tp aku g utk lepak . .almklumlah uma dekat gan ofis... dak2 hostel pon gila sporting ! ngee.. sume melepak kat ofis..bos pon baik kot.. tak kesa jnji jgn bt taik . . overall aku rse mkin hari mkin serasi kat sini.. harap2 aku kekal kat sini lama or smpai bebile :)

Mar 26, 2012

Sy ada DIP je so tak sehebat DEGREE . . oh kwn2 kecik hati aku !

Suddenly aku rasa sedih . . guess what after aku post kat group ex batch class mse kat UiTM Jengka dlu psl tarikh convo , takde sorang pon nk bg feedback . . tak like or pape . . aku bukanlah mengharap or nak sgt org like post aku tp aku rse cm dah dilupakan sdgkan kwn2 len yg just post " Hi geng" ada plak mmber lain komen . . Yela , aku tau la msing2 smbung DEGREE tp aku tak so tak layak la kot nak tegur dorang lg . . ntah2 dorang pndg aku pon kecik besar jew . . Takpe2 tggu dan lihat je nnti . . tak kemana sgt la weh dgree korang . . ape ? egt aku tak mmpu nk smbung dgree gak kew ? we will see . . ak rse mcm nk remove dorang sume pon ada . . ya Allah ntah kenapa aku rse mcmni . .

Aku terover sgt kot. . lantak lah hai ! Bukan korang yg kasi aku makan and duit pon. .

Mar 25, 2012

Jogging ALONE is such a great !

haih lame rsenye tak update . . nk ckp busy sgt tak jugak . . okay2 nevermind . . harini aku g joging kat taman botanikal ayer keroh just ALONE okay !! sian aku takde spe nk temankan . . dah la tertinggal my iPod lg lah bertambah bosan . . aku drive . . smpai je sne nak parking . . mule2 bjet cm lepas sbb aku dh pndai gak la gune reverse parking tp tak lepas da !! malu jek nseb tak rmai nmpk tp still ada org nmpk lah . . hehehe . . Joging punya joging so aku pon da tak larat . . leteh gila . . but siyesly mse joging tuh org dewasa tak smbong . . aku snyum then ada nyonya ckp good morning amoi . . then ada sorang uncle mlyu ni pon ckp selamat pagi . . so aku rse best je . . bila aku snyum kat muda2 ni hampeh nk snyum balek . .

Slepas dh settle sume ,  ak jalan lah nk mnju tmpt parking then suddenly ada uncle umo 48thun bbngsa cina tgur aku. . "gurl , u mmg ada jge mkn ea "? aku toleh and syum aku ckp lah tak. . so dri situ bbual pnjg gila . . umor 48 tp mcm 38 bhai !! nmpk muda . . dy ckp mmg dy jage mkn sume . . dy tnye aku mcm2 . . then dy ckp bgus aku tak jaga mkn tp bdn okay . . siap puji bdn aku dah cantik and muke aku tak mcm melayu . . hahaha aku syum pnjg kot . . tak penah2 la org nk puji . . borak pnye borak kmi pon nk gerak ke kereta msing2. . aku sempat jeling kat dia tgk kete dia.. BMW weh!!! sure org kaya ! yg bgosnya dy tak smbong . . kalaulah aku tau , dh lama aku ckp kat dy aku gah mncri keje siapa tahu ade pluang utk aku tp aku silap sbb aku ckp kat dy ak study kat segamat.. haih nsib lah bdn.. pdn muka aku lah !

ape2 pon harini best sgt wlpon g jogging sorang2 jew :D

Feb 17, 2012

harapanku terkubur tanpa batu nisan :'(

 First of all harini merupakan hari kekecewaan utk aku.. Actually smlm, aku ade interview for position EVENT SALES EXECUTIVE..okay aku tahu this job quite challenging but im really excited about it.. Interview bjlan dgn lancar skali semalam and interviewer tu ckp if u are selected, we will call you for the 2nd interview.. and Alhamdulillah she call me around 5pm to attend for the 2nd interview this morning...




So mlm td aku tido awal and kunci jam start kul 6am and kunci lg utk setiap 5min sbb takot tak tjge but then ble bgun n da slsai mndi n solat subuh, my mum come to my room and ckp jgn pegi sbb dy tak sedap hati la pe la..beriye2 taknak aku pegi...aku yakinkan dy n aku ckp la jgn rsau ni bru 2nd intrview tak confirm lg dpt and dy ckp lau aku dpt la nnti dy still tak kasi aku pegi..aku taktau knpa..sgt sebak..aku nanges gile2 kot pagi td smpai bgkak2 mata aku.. aku tak fhm knapa dy tak kasi sdgkn aku dh 22thun..aku pon taknak bt keras kepala sbb aku tau kerja takkan berkat if takde restu ibubapa..aku faham tu tp aku cuma kecewa knpa hidup and masa dpn aku dtentukan oleh fmly bukan dtentukan aku sndiri..sdgkan aku layak utk buat kputusan sndiri..

Kenapa? aku nk rancang masa depan sendiri pon salah kew? aku dah bsr...aku dh patot bt sumenye sndiri..aku rasa mcm aku ni still di zaman persekolahan.. Hello! I am diploma holder and 22 years old okay.. smpai bila nk control hidup aku? harapanku terkubur tanpa batu nisan (sedih tak dpt teruskan nxt step..hanya bbrapa lgkah je lagi) sigh :'((

never regret!

 Never regret! If it is good, it is WONDERFUL but if it is bad, it is EXPERIENCE :)
Stand up, and face it. . .


Feb 2, 2012

Rezeki ku utk SARJANA MUDA (MARKETING)

. . . YA ALLAH! aku bersyukur kepadaMU ya allah.. alhamdulillah dgn izinMU aku ditawarkan utk further study DEGREE in MARKETING kat UiTM Segamat.. But aku berbelah bahagi sama ada nk pegi or tak.. Aku nak keje nk experience then nak buat PJJ tp mampu kah aku? Kwn2 lain yg pointer jauh lebih baik dari aku ada yg tak dpt tp aku Allah dah kurniakan rezeki..takkan aku nak tolak? sungguh aku berbelah bagi sekarang.. What i'm gonna to do? Ya Allah adakah tepat jalan yg ku pilih? YA ALLAH tolonglah aku..

. . . MR.F, I really need you rite now?.. I need to talk to you..just u will understand me.. gelisah aku dibuatnya.. rasa nk menangis pon ada.. eiskk . . .

sehari sudah berlalu..

...harini merupakan 1st time aku tidak dihubungi malah fon pon tak berdering... fon bunyi pon ble ade notification msuk jew.. sedih kan? btw, ape aku bt ek spnjg harini utk ignore perasaan rindu bercampur sedey? ahhaa jgn tak tau harini aku kemas umah FULL oke..siap vacuum + masak + bsuh bju + berkebun ( ni mmg tak bleh blah) hahahah.. aku memBUSY kn diri aku dgn bt mcm2 supaya hati and tgn ni tak gatal nk pgang fon utk txt.. utk hari pertama ni yeah aku bjye tp harap2 hari kdua pon oke..  bsok pon myb aku akn lakukan rutin yg sme and myb ade PLUS2 sket lah.. well, cpt lah masa berlalu aku dh takleh tahan lg.. :(

Feb 1, 2012

LONG DISTANCE LOVE

I'm ALONE :(



I still can face the distance, but I wish it is not too long..








I MISS YOU SO MUCH!








Alone for 2 days ;(

hi peeps! harini tepat pukul 12 mlm pada 1 FEB 2012 aku dan MR.F buat perjanjian utk tak call or txt 1 sama lain selama 2 hari.. Lately, kami asyik gaduh je..kdg2 bnda simple pon bleh jd besar.. aku taktau la mgkin punca kmi slalu gaduh sbb kami jauh..sorang smnanjung sorang lg kat tempat org.. bayangkan lah cmne kami survive.. wlpon skang teknologi di hujung jari je tp lain rasanya berjumpa dan bercakap di telefon or whatsapp je.. TOTALLY DIFFERENT! I hate to say this but, I HATE long distance..




Kami berbincang and decide utk tak call or txt slma 2 hari sbb nk tgk keadaan masing2 cmne, and ape yg kami rasa selama tak contact.. hurmm aku tak suka tp aku telan.. mule2 tak stuju n dah gado2 smpai la nk lnjut utk tak contact 7 hari but MR.F ckp takpelah 2 hari dh memadai utk kami kenal diri kami sendiri.. Jgn nk ckp sweet eh sbb aku benci mcmni sbnanye..

Aku mmg takkan boleh berenggang..wlpon aku tau dy sibuk keje tp aku still akn txt dy dlu evn dy tak rply txt aku..aku mmg takleh lau tak contact dy sharian..rasa INCOMPLETE..cewah!! tp tu realiti.. BUT, nak taknak aku terpksa jgk cube bt cmni...smpai bile ak nk cntct dy..bygkn if 1 hari dy tggalkan ak, takkan aku takleh survive kn? hurmph! takpe aku BOLEH!! 

So, tggulah entry aku slpas 2 hari nnti yek..tu pon lau rjin nk baca lah..hehehe..

oke lah tu je utk harini.. buybye :)

Jan 30, 2012

mom's hope

      Today, after aku jmpe datuk pasal kerje then me n my mum naik kereta and nk hanta mak aku lak g keje..nsib bek area aku g tu dkt gan tmpt kje mak aku so taklah lma sgt dlm kete.. Nk tau mak ak suh anta dy kat office and bwk kete balek sensorang?pergh cuak siot tp aku harung je sbb nk biasakn diri and beranikan diri lau tak smpai bile nk pndai kn..hurm tak kesa la tu.. yg aku nk citer ni perbualan kami dlm kereta.. ceritanya begini :

Mak : kakak, kalau boleh bile kakak dh kerja kakak kne janji dgn mak yg kakak akn smbung blaja lg tau?
Aku : Insyallah mak jgn la risau kayh? ade rezeki nnti kakak smbung lah.. Tp mak lau smbung blaja kkak nk    kete sebijik leh?hehehheehe..(joke)
Mak : Tgklah nnti ade rezeki mak belikan lah kete tp kncil 2nd hand..hehe
Aku : WAH! oke takpe jnji kereta..
Mak : mak bukan ape, kalau boleh mak nak Ain (nama mnja aku kat uma) blaja smpai degree..nnti boleh la gntung gmbr ain amik ijazah.. rumah org lain sume ade rumah mak takde pon.. mak pon nk jgk rumah mak ade..
Aku : ermmmmm diam (terharu plus sedih) insyaallah mak.. slagi ain mmpu, ain akan buat yg terbaik..

2 min lpastu dh smpai pon ofis mak aku, lepas salam dy aku pon drive lah smpai kat uma..

. . . Tu lah aku risau je aku tak mmpu nk penuhi permintaan dy..tau je lah aku ni da la suke main2.. mse dip dlu pon tak bleh nk archieve prgkt yg lg tggi.. YA ALLAH risau nye aku.. pointer pon ckup2 makan..takpe aku bdoa lpasni aku mmpu perform dgn lebih baik lg..amin.. INSYALLAH..

Tu je lah bt mse ni.. see u on the nxt entry..thanks for reading..muakhs! :)

Pertemuanku dgn DATUK yg sgt baik..

. . . harini aku meet up dgn DATUK..dy ade lawyer firm.. actually dtg sbb nk tnye dy office dy ade kkosongan tak sbb aku nk keje and get an experience there..tp takde but dy nk tlg recommend kn kat tmpt len and dy tnye aku ape yg aku mnat...dy nk msukkn aku under marketing syrkat dy and after aku ckp aku nk smbung blaja utk bt PJJ dy trus tak prefer bhgian tu..katanya marketing ni gji masyuk but masa tak tentu..kdg2 weekends pon kne kje..so aku pon snyum lah..
      siyes seronok gila bebual dgn dy...mmg orgnye handsome plus tak kedekut ilmu..ade je bnda yg dy share..bckp gan dy mmbuatkn aku rse lebih yakin utk dptkan ape yg aku nak dan impikan...dy lgsung tak patahkan smgat aku but buatkn smgat aku lebih membara2..
      Antara yg dy SHARE, "kita mesti kerja dgn apa bidang yg kita minat baru boleh berjaya ma..thats why I tnye u mnat ape, if U mnat marketing I boleh push u dlm marketing", "kita ha blaja tinggi2 bukan tak bgus..itu sgt bagus tp U blaja hnya utk dpt scroll, keje is different dgn apa yg U blaja so if U rsa mau blaja lg still proceed lah nnti ha suda kije u takmau blaja lg sgt lugi wo" hehehe tu la antara kata2 dy.. scra tak lgsung aku dh boleh plan siket2 ape yg ptot aku buat..

. . . ANYWAY, thanks DATUK u impressed me. . .  :)

Jan 28, 2012

CONVOCATION in MAY?

. . .wuargh my convocation day on MAY? so late ma.. I just update my profile info at UiTM website just now.. Overall fees has complete but, I dunno whether convo fees is included or not.. and the fees for DIPLOMA JUBAH is about RM300? wah! I dunno to say what.. a lil bit shock when I found out jubah fees.. yeah maybe I dun hve any experience about graduation day so thats why terkejot kot.. HAHAHA.. nevermind lah! as long as I can meet all my friends back and took photo together dah oke kan? BTW, my mum was really excited to attend my convo..hehe..but mum, sorry I can't do all my best in my DIPLOMA.. Insyaallah if ade rezeki, i'll show you my best and give u the best and the great CGPA in DEGREE..amin . . .

Jan 21, 2012

The Stress Week

. . .dah lama rasenye tak buat ape2 entry kat blog..haih.. nowadays taktau la knpe rse BAD MOOD jew.. mgkin trlalu lama dduk rumah so aku rase tensen sgt.. mana taknya, hari2 rutin yg sama..paling tak bleh blah aku rse mcm aku ni disuruh2 buat tu dan ni.. 1st, time tu hujan renyai2 then aku call ma, ma spe nk amek adik ni kat lua ujan takkan nak naik motor? then ma ckp, ha kkak amek la adik ma busy ni..dlm hati aku, fine ak amek.. then bnda sme berulang2...aku bkn mls nk amek tp aku tak suke dipaksa2..tu yg rse nk hangen je..tp bkn bnda tu je..byk lagi yg jd . . .

. . .And just now aku dh ckp dah pasni aku nk kje kat mlake and mybe nk buat PJJ later on after dh dpt kje but then disuruh lak aku kje kat htel sri msia..mmg tak lah..bkn memilih tp aku nk kje yg siyes..rmai permanent staff kat situ ckp kje situ tak best..aku bkn memilih tp aku nk lah yg terbaik utk diri aku sndiri.. pastu g contact Pakngah aku suh crikkn keje kat spore..mmg la dlu aku ade sebut2 tp aku dh tuka plan..aduii pening dibuatnya.. aku taktau la since aku duk mlake ni aku rse aku dh tak reti nk berdikari..dlu mse dduk rawang aku rse sume bnda aku leh settle sndri..

. . .1 je point aku, aku target aku nk keje then ade rezeki and if aku mmpu aku nk smbung blaja..lepastu aku nk kuarkan kete sebijik sbb tu lah yg aku nk sgt2.. lpas kereta, insyaallah kawin pulak.. bkn menggatal tp dah tak sggup bjauhan dan dkongkong oleh family bile nk bjumpe..dorang treat aku mcm budak2 sekolah je kn? tu lah HIDUP aku yg SGT2 MEMBOSANKAN..

. . .S.E.K.I.A.N. . .

Jan 6, 2012

. . . menangis lagi . . .

Ya Allah kenapa lah hati aku terlalu sensitif. ak slalu mngis. bila sedih, kena marah, tgk cter sedih2, terharu, gembira cepat je airmata ni mgalir. . betul ke aku takde COMMON SENSE? teruknya aku? aku taknak mengalah. . ego aku kuat dan tinggi. . aku dh cuba ubah tp aku GAGAL lagi. . maafkan aku. . perkara yg dh sebati dgn diri susa utk kita ubah dan ia akn mgmbil masa yg sgt lama tp takpe aku cuba. . . azam tahun baru aku nk jd lebih positif dan sabar. . . aku dh mulakan sikit demi sikit. . aku harap benda ni berkekalan dgn bantuan Allah. . tp taktahu knpa aku rasa terlalu sedih bila aku dikatakan takde common sense. . mugkin betol tp teruknya aku. . apalagi aku nak buat utk puas kan hati semuanya? tak pernah pujuk and say sorry? am i that BAD?? eiskk. . .