Oct 9, 2017

Night at the hosp day 9

Harini hari ke-9 mommy tido kat hosp. Now dah jam 11.41pm. Mommy taktahu la kenapa mommy tiba2 rasa sedih. Harini takde siapa pun visit mommy. Mommy okay je and mommy cuba faham yg harini daddy kne bukak kedai sebab takde org handle then mommy kesian kat daddy nanti kne patah2 balik dtg kat mommy drpd cheng sbb harini daddy pun mcm byk urusan.

Mommy bukan apa, mommy rindu daddy. Awk bygkn daddy bkk kdai jam 2ptg, daddy ttup kdai jam 12.30mlm kdg2 smpi kul 2pagi baru daddy ttup. Rutin mommy kat sni, kul 7pg mommy bgun sbb nurse smua dh get ready nak tukar shift so dorang akan hands over rekod patient kat staff shift lain then lepastu MO jumpa patient katil by katil untuk review file and buat planning. Then jam 8pg bfast sampai. Lepas bfast patient tggu dr pakar visit wad. After dr pakar round wad and review file mommy, mommy tido balik sbb taktau nk buat apa. Jam 12t.ari mommy bgun sbb lunch dah serve. Jam 1ptg mommy call kjut daddy then daddy mandi and siap g kedai. Ptg tu biasanya jam 6ptg bru daddy visit mommy then daddy balik. Mommy sunyi tau. Takde siapa nk lyn mommy. Daddy pun kdg2 busy tak reply whatsapp mommy smpi mommy trtido tggu daddy. Bila mommy tido, esok pg mommy check cctv kedai mommy tgk daddy main game kat kdai kdg2 jam 5-6pagi baru tido.

Harini daddy tak visit mommy. Mommy ckp mommy lapar. Kalau daddy jd g restok kat kl mommy suruh daddy anta mkn kat mommy. Then tak jd. Mommy tnya siapa ada kat kdai? Tak respon. Mommy tgk cctv daddy tgh lyn cust lpastu daddy terus main game. Tak tgk fon. Mommy sedihlah! Kalau mommy tau kat kdai ada org handle dh lama mommy suruh daddy dtg anta mkn. Mommy just taknak susahkan dia semata2 nk anta mkn kat mommy kalau kdai takde org nk handle.

Lepastu mommy merajuk la. Mommy wasap la daddy berjela jela marah pastu daddy ckp ttiba mommy nk mrh kenapa? Dh la dia tgh sakit kepala lg migrain smlm belum hilang. Dia ckp mommy sikit pun tak tnya psl dia. Dia dh ok ke tak.tahu nk mrh dia je. Then mommy mcm taktahu nk react cmne. Mommy ke yg sensitif sgt sbb tgh mengandungkan awk? Mommy pun no idea. Tp mommy still sedih 😢😢

Oct 5, 2017

Journey of Mommy to be (34w4d)

Dear syg mommy. Harini takde cerita yg seronok but nak tahu apa tak??? DR dah bg date kat mommy. Yeay!! Date utk awk keluar is 25hb OCT 2017. Kalau 20hb tu mesti paksu ajiq suka sbb sama birthday dgn dia. Werkkk.

Kalau ikut betul2 due date awk kan syg, awk dijangka keluar dari perut mommy on 11/11/17. Cantik kan tarikh tu tp unfortunately mommy tak dpt keluarkan awk ikut pintu sbb mommy placenta previa. Type 4 lg. Kwn awk mmg btul2 ttup jln awk utk keluar drpd perut mommy. Mommy sedih jugak mula2 tp mommy positifkan diri mommy. Utk ank mommy ni mommy tak kisah dah awk nk keluar macammana asalkan awk sihat, sempurna. Cukup bg mommy.

Few days ni celah peha and kangkang mommy sakit je. Taktahu la if mommy kerap baring je. Mommy kne stay kat hosp sampai awk keluar syg. Ni pun mommy ngelat2 tp since awk dh 34w mommy serah diri je sbb awk makin mmbesar mommy risau something happen kat awk. Nurse ckp sakit kat celah antara peha tu standard sbb bby dah ada kat bwh. Betul ke awk kat bwh ni? Kalau betul takpe mommy boleh je hadap.

Ni peha kanan mommy ya allah sakitnya..nak kata cramp mcm bukan. Mommy kalau nk berdiri atau baring nk alihkan bdn mommy ya allah azabnya sayang. Kdg2 mommy terjerit sendiri. Daddy takde. Kalau tak mommy suruh daddy je urutkan. Ni mommy lalui fasa ni sorang2 kat hosp tanpa daddy. Takpe mommy sanggup berkorban untuk awk syg. 1 je doa mommy. Semoga allah permudahkan urusan mommy utk lahirkan awk. Semoga awk keluar dgn sihat tanpa apa2 komplikasi.

MOMMY LOVE YOU!!

#05102017
#5daysathosp
#another20days
#mommyissteady

Oct 2, 2017

Journey Of Mommy To Be...34w2d

Hai baby! Semalam mommy baru serah diri kat hosp. Kul 4 ptg mommy sampai kul 10mlm baru dapat wad. Padahal tak ramai pun. Habis mommy kene lecture dgn DR. Dr ckp camni kat mommy "awk tahu tak kalau awk bleeding kat rumah ni awk boleh mati tahu tak".. sian mommy kn? Mommy tadah jela telinga.

But sorry sayang, mommy bkn taknak jaga kesihatan and tak pentingkan keselamatan awk tp mommy tokleh go la duduk hosp lama2. Duduk rumah, atuk gan daddy masak sdp2. Daddy pun lyn je apa mommy nk mkn. Best sgt. Lgpun kalau duduk hosp mesti tak dpt celebrate birthday mommy and atok.  Hehehehe

Mommy escape. Mommy discaj haritu 30hb ogos 2017 sbb mommy nk beraya haji kat rumah. Dr kasi balik tp mommy kne readmit 3hb sept. Smlm 1hb Okt baru mommy admit. Degil kn mommy? Org degil mmg tokleh buat apa2. Harap2 nnti awk kuar awk tak degil mcm mommy tau?

Harini awk dah 34w2d dalam perut mommy. Thanks syg sbb awk behave sgt. Walaupun awk tendang2 tp mommy still boleh control lg cuma smlm mommy tokleh tido nyenyak. Mommy pusing kiri tak ok, pusing kanan tak ok. Mungkin sbb katil ni tak mcm kat rumah kot. Puas la mommy sendal bantal2 kiri kanan mommy mcm slalu sblum tido pun tak ok jgk. Mungkin awk semakin membesar. Nak tahu tak, pinggang mommy pun sakit tau. Harini kat celah tulang peha mommy dh start sakit2. Nurse ckp sbb awk kat bwh and lg 1 sbb uri kat bwh sbb tu sakit lg terasa. Hmmmmmm.

Pg td Dr ckp mommy kne repeaf scan lg 2mggu. Time tu mommy dh 36w. Harap2 smuanya ok. Kdg mommy tak faham. Mommy faham smua org risau psl mommy tp dorang tak duduk tempat mommy. Mommy ok dduk hosp tp utk 2bulan lebih tu terlalu pnjg bg mommy syg. Dorang tak rasa apa mommy rasa. Dorang takkan faham perasaan patient yg kene "placenta previa type 4" even bos mommy pun. Dia igt mommy ni robot agknya. Agak2 la mommy tak sihat kot tp mommy tak dpt pun rsa kata2 motivasi drpd dia. Mungkin sbb dia lelaki tak pernah rasa sakit bersalin tu camne.

Ok mommy dh start sakit belakang ni. Kalau mommy rajin nnti stiap hari mommy akn update pasal awk ye syg. Now mommy nk mkn  coklat ritter sport white hazelnut then baca buku 9bulan10hari yg mommy beli haritu. Bye sayang mommy! I love you! 😙

💖💖💖💖💖💖💖💖

Sep 20, 2017

PERJALANAN SEPANJANG HAMIL ANAK SULUNGKU

HELLO 2017!!

Well, sgt berhabuk okay blog aku since last update on March 2015. So, apa aku buat ek 2016 tu? hahahaha. Sebenarnya busy 2016 tu. Lupa password dh 1 hal, sibuk nk kawin lg.

Alhamdulillah pada 24 DEC 2016 aku sah bergelar isteri kpd suamiku ZAIREEN QAIYUM QUSHAIRIL B. ZAINUDDIN. Everything was running smoothly on that day. Im so blessed. Terima kasih Ya Allah atas redha Mu dan atas perancangan yg telah kau tetapkan untukku. Sesungguhnya aku sgt2 bersyukur. Dikurniakan suami yg sgt memahami, sgt menjaga diri ini, tak kedekut dgn aku dan family members aku yg lain. Sejuk mata memandang, pandai masak. Penyayang dan sgt2 support dgn kerja aku. Tak pernah berkira walausedikitpun. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. :'(

Kalau compare dgn yg sblum2 ni, masya allah jauh panggang dari api. Yes, pengalaman sgt mematangkan kita membuatkan kita pandai dan bijak memilih dan membuat keputusan. Pada aku, biarlah jodoh dtg lambat asalkan jodoh kita dengan org yg betul. Ujian selepas tu kita letak tepi yg penting dgn siapa kita pilih untuk jd teman hidup kita. Dan yg penting jgn lupa doa mintak petunjuk Allah yang Maha Kuasa.

Lepas 2 bulan kawin, Alhamdulillah again Allah bg rezeki pada kami. Aku hamil. Itupun org duk kerap tanya dah ada ke? takde good news ke? walaupun lepas kawin tu aku sempat lah period 2x, aku pun tetiba sedih tau kenapa tak lekat lg time tu. Bila dah lekat, aku terfikir balik.. "Eh, cepat je kot rezeki aku. Org lain yg bertahun kawin pun ada yg belum dikurniakan rezeki untuk ada anak" Nampak tak sebenarnya ko okay je tp bila dah ada yg start tanya ko pun jadi tak keruan. Bila kau asyik terdengar ckp org gitu lah jadinya. Ishhh3.

Nak citer pasal kandungan aku sebenarnya tp termeleret pulak intronya. Okayy camni.. After aku pregnant masuk minggu ke 27 ke 28 aku saje nk g scan gender but sadly, ada berita yg tak berapa gembira. Dr ckp aku alami PLACENTA PREVIA which is uri kat bawah tutup jalan baby nak keluar. Type 4 lg tau. Tp aku google pasal ni ada yang cakap its too early untuk decide aku PP type 4 sbb kandungan pun kecik lagi. Because anytime uri boleh naik but according to Dr which aku rasa dia mmg pakar dia ckp uri cannot naik tapi aku percaya kuasa Allah. Now aku hnya mampu berdoa dan ikhtiar cara lain je.

Aku teruskan kehidupan macam biasa until episod BLEEDING bermula....

Yes, pada jam 1 pagi 1hb Ogos 2017 before nak tido aku g toilet nk kencing aku tgk kat panties mcm ada darah tp spotting je aku dah risau sbb Dr kat klinik desa dgn nurse ada pesan if ada nmpk pendarahan terus ke hosp. But I was so scared at that night. Yes semalamnya rumah aku quite busy sbb aku mmg kat dapur non stop. Tetamu dtg merisik adik aku. So aku masak 2x and kemas dapur mmg tak henti. Tetiba mlm tu bleeding. Aku tunjuk panties tu kat hsbnd aku then aku ajak g klinik 24jam utk scan and check baby pukul 3pagi kat Klinik Fadhilah Bkt Katil. Dr ckp baby smua okay and mmg uri aku kat bawah. Dia buat surat terus utk aku refer ke Hosp Melaka mlm tu juga but aku refuse. Aku ckp kat hsbnd aku, kita balik dulu if still bleeding kita g hosp and alhamdulillah takde bleeding so aku tido je mlm tu. Then pukul 2ptg tu aku call klinik desa bgtau condition aku. Nurse suh bwk result scan. So aku terus jumpa dr. Dr check aku kot2 aku ada luka di faraj or apa. Dia masukkan mulut itik tu. Dia kata takde luka. Then dia terus call Hosp Melaka. Dia buat surat suruh aku warded juga haritu. This time mmg aku tokleh elak lg dah. Ko bayngkan dr suruh bwk baju siap2 semua sbb aku akan admit lama sampai bersalin. Menangis wey aku dlm kereta sbb ko bayangkan lah kandungan aku baru berapa minggu takkan aku nak warded sampai 3 bulan??

Aku tenangkan diri, aku g minum and lepak2 dulu gan ofis mate aku ptg tu. Malam tu baru aku g labour room Hosp Melaka. Sampai sana dlm pukul 9malam. Punya lah ramai gila org time tu. Perghhh. Perut lapar gila tak dinner lg. Dah la hsbnd tokleh teman. So aku pun suh dia beli makan. Kesian dia dgn adik aku tunggu aku sampai jam 4 pagi lastly aku suh dorang balik tido sbb aku dgr Dr ckp pagi nnti bru dpt wad. So tido lah aku kat kerusi malas dalam labour room. You know what, tengah hari tu baru aku dpt wad. Okay fine aku admit 3hari 2malam then aku mintak balik. Dr bg balik maybe sbb kandungan aku kecik lg.

After 10hari aku discaj, episod BLEEDING kali ke 2 bermula....

Time ni aku tahu risk aku then aku mmg lepak je kat rumah takde masak or apa pun cuma aku ter angkat anak buah aku bwk turun drpd sofa ke lantai. Itu je. Bleeding aku boleh tahan byk drpd sblum ni. Habis panties tp darah tu bukanlah berketul2. Just mcm darah baru nak period mcmtu. So again admit lagi kat hosp. Aku tak ingat berapa hari aku warded tp aku mintak Dr untuk balik lg sekali sbb barang2 baby 1 apa pun aku tak prepare weh. Ko bayangkan baru 7bulan kot. Aku igt nak start beli brg smua tu bulan Sept. SO Dr bg kebenaran utk balik hanya seminggu. 1minggu tula aku kelam kabut prepare semuanya. Dr siap pesan suh bwk magazine or buku untuk baca dalam wad if aku bosan. Dia bg aku tarikh utk readmit. And aku akur ikut arahan.

BLEEDING kali ke 3....

Aku g serah diri kat Hosp Melaka pada tarikh yg dr bg. Hari Isnin aku sampai dalam jam 3.30ptg. Punyalah ramai gila org. Jam 6 ptg baru nurse panggil aku utk check. Then aku duduk tunggu kat labour room tu. Ya allah serius aku penat sgt sbb dduk terlalu lama. Nak dekat 7jam duduk shja tak buat apa2. Aku decide nk balik taknak admit. Dr kata boleh tp dia nak ternagkan risiko kat hsbnd and suh hsbnd sign "AOR" at own risk. Dr cakap risk aku sangat tinngi. Anytime aku boleh bleeding, and if bleeding boleh jadi macam air paip dalam 5minit boleh menyebabkan ibu and baby maty. Nauzubillahiminzalik. Hsbd dh pandang aku dia tak bagi tp aku berkeras nak jugak balik sbb aku dh stress. So g lah tukar baju kat toilet labour room. Aku kencing aku tgk kat toilet bowl ada darah. Cepat2 aku tukar pantyliner and yes berdarah :"(
husband terus tak bagi balik and aku cakap aku tukar keputusan sbb aku bleeding. Bayangkanlah, duduk sahaja pun boleh bleeding. Jam 11malam baru dapat wad. Aku sangat tak boleh positif time tu. Dengan katil aku takde kipas. 3hari aku tidur dalam keadaan panas. So keluarlah kat fb status2 yang menampakkan diri aku stress. Tp yg buat aku positif hsbnd aku tak pernah skip dtg hosp melawat, kawan2 mak jiran BKD dtg, bos adik aku dtg. Semua bg semangat. Dpt kawan katil sebelah yang tak sombong. Rupanya ujian dia lagi berat drpd aku. Ya Allah sungguh aku tak bersyukur.

So, dh seminggu kat wad aku mintak nak balik cuti raya Haji. 30hb Ogos tu aku mintak balik tp Dr bg date 3hb Sept aku mesti masuk balik sebab 4hb Sept Isnin tu dorang nak scan tp kau paham jelah bila dah seronok dduk rumah makan semua sedap and well, aku seorang yang degil kan sampai lah harini aku tak serah diri lagi. Tapi bila smua duk bising suh g aku pun buat lah keputusan minggu ni aku g serah diri tapiiiiii after aku tgk wayang citer KINGSMAN. Muehehe. So, maybe if warded kalini aku bawak laptop kot. Tengoklah camne. Tapi, nnti aku mesti rindu kat masakan hsbnd aku. Dia masak semua sedap2. Kat hosp takyah ckp la. Pucat je lauk dia. Ok lah nak makan roti telur adik ipar aku masak. hehehehe. Sampai ketemu lagi untuk next entry...........

Mar 22, 2015

DUGAAN PALING TOP 2014-2015

Ahaaa. alang2 nak update pasal 2015 punya post, tetiba aku terasa nak buat listing dugaan yg aku rasa terhebat kene kat aku. Ada yg bertubi tubi ada yang okay, hadap je

1) iPad kene curi dengan anak kawan mak yang datang raya kat rumah. Fuhhhh. Siap taknak mengaku padahal takde suspek lain dh melainkan dia

2) Last submit new proposal on OCT 2014 sampai bln MARCH 2015 belum submit apa2

3) Cermin kereta honda qaiyum kene pecah and my handbag,handphone,duit SGD 300,dokumen and barang2 kerja,buku akaun TabungHaji dan ASB, kalkulator, alat makeup semua hilang kene rembat. Handbeg dgn duit yg paling aku ralat sekali sbb handbeg tu hadiah dari qie and duit tu aku kumpul dri aku kecik. Fuhh ttiba tulis ni teringat bergenang airmata aku. That day hujan lebat selebat lebatnya. Aku dgn qie basah kuyup kene hujan. Redah g buat report polis dan amek statement. Seat depan basah hujan masuk sbb cermin dh takde. Ohh tak mampu nk teruskan cerita. Sangat sedih!!

4) Amai adik qie excident teruk. Jatuh motor. 

5) Mom and daughter conflict. (aku) pasal kereta kne pecah and married things. Balik rembau ngadu kat abah. Abah peluk. Serius rasa heaven sgt berada dlm pelukan bapak

6) Makcik yg kepochi sibuk masuk campur urusan anak beranak. Siap mengata aku gan qaiyum kat whatsapp. Ckp aku ni beli brg2 mahal guna duit mak aku, Kau life aku pun taktau ada hati nak judge aku cmtu. Takpe, kau tunggu 

7) 4week tak pakai EYELINER and MAKEUP. (ehh jap dugaan ni okay lg boleh hadap)

8) Kene jual kereta WIRA abang. Hati sangat berat tp aku redha. cuma still rezeki aku sbb blum ada buyer. Yg tgk kete dh 2 org. 

9) Qie punya projek belum ada hasil. We still hope for miracle and rezeki dariNya

10) Phone aku NOW rosak.Dah la details psl client sume dlm tu. Huhhhh tercabar imanku. Org nk repair tu plak manjang busy. Kene cari kedai lain pulak

11) Baju aku banyak dah tak muat sbb aku makin bambam skang. Itu masalah!! aku kene turun kn berat badan and control mkn sbb aku tak larat nk beli baju baru

First entry in 2015

Assalamualaikum. Its been 2years I tak post apa2. Last post on March 2013 if im not mistaken. hihihi. Now already 2015 and my age was 20+ . Opss rahsia uolls! Tp wlpun baru nk masuk half of twenties I still rasa I muda lg. Boleh camtu? 

Bila baca older post rasa macam ntah hape2 budak ni tulis. tak matured lgsung tp tulah zaman tu pun sibuk nk berblog juga. Tp nanti lah nk kne cari time untuk delete post I yg merepek repek and childish tuh. Not now. Ni kebetulan ada dtg rajin sikit utk bkk dh kira okay ye dok?

2015. Though year for me kot. Just imagine kerja aku langsung tak produktif. 6 bulan tak keje,tak bg apa2 production utk diri sendiri and company aku. Kalau tempat lain konpem dh kne buang tp aku selamba je kn? yelah kita yg tentukan kita nk gaji byk mana. So apa ada hal. Tp kdg tu aku terasa jgk bila tgk kwn2 upload kat insta gmbr vacation diorang. Best kot but I? nowhere to go? Bila dduk sorang2 muhasabah diri how long I wanna be like this? This is the right time to WAKE UP and MOVE ON. 

Terasa nak cari keje lain pun ada tp bila difikirkan betapa sonoknya keje sendiri terasa ttiba hati tu taknak pulak. Tp kalau tak rasa keje makan gaji cmne aku nk disiplin diri kn? Entah lah. Let it be. 
Yang penting aku kene betulkan balik MINDSET aku ni. Teruk sangat tersasarnya.

HAA! lg 1 nk citer. fon aku rosak. wuarghhh. len kali nk rosak bg la signal dlu atleast aku boleh standby mana patut. hmmmmmm sedihhhhhhh. I want my fon back

Okay. Tu je nk luahkan. Nanti kita luahkan lagi kat entry yg lain. 

Daa

Mar 7, 2013

syukur alhamdulillah

syukur alhamdulillah ya allah. kau telah memberi petunjuk dan hidayah Mu kepada orang-orang sekeliling aku. aku amat bersyukur. adakah ini sebahagian daripada doaku ? terima kasih allah. alhamdulillah. kau dampingi lah aku dengan sahabat2 dan orang-orang2 yang baik. peliharalah aku, keluargaku dan sahabat2ku ya allah. ya allah limpahkan rasa tenteram dalam hati kami dan hilangkan dukacita dan kesedihan kami. Ya allah engkaulah yang merahmati kami dan rahmatilah kami dengan rahmat yang membuat kami kaya sehingga kami tidak memerlukan rahmat selain daripada Engkau. amin ya rabbal alamin .