Sep 20, 2017

PERJALANAN SEPANJANG HAMIL ANAK SULUNGKU

HELLO 2017!!

Well, sgt berhabuk okay blog aku since last update on March 2015. So, apa aku buat ek 2016 tu? hahahaha. Sebenarnya busy 2016 tu. Lupa password dh 1 hal, sibuk nk kawin lg.

Alhamdulillah pada 24 DEC 2016 aku sah bergelar isteri kpd suamiku ZAIREEN QAIYUM QUSHAIRIL B. ZAINUDDIN. Everything was running smoothly on that day. Im so blessed. Terima kasih Ya Allah atas redha Mu dan atas perancangan yg telah kau tetapkan untukku. Sesungguhnya aku sgt2 bersyukur. Dikurniakan suami yg sgt memahami, sgt menjaga diri ini, tak kedekut dgn aku dan family members aku yg lain. Sejuk mata memandang, pandai masak. Penyayang dan sgt2 support dgn kerja aku. Tak pernah berkira walausedikitpun. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. :'(

Kalau compare dgn yg sblum2 ni, masya allah jauh panggang dari api. Yes, pengalaman sgt mematangkan kita membuatkan kita pandai dan bijak memilih dan membuat keputusan. Pada aku, biarlah jodoh dtg lambat asalkan jodoh kita dengan org yg betul. Ujian selepas tu kita letak tepi yg penting dgn siapa kita pilih untuk jd teman hidup kita. Dan yg penting jgn lupa doa mintak petunjuk Allah yang Maha Kuasa.

Lepas 2 bulan kawin, Alhamdulillah again Allah bg rezeki pada kami. Aku hamil. Itupun org duk kerap tanya dah ada ke? takde good news ke? walaupun lepas kawin tu aku sempat lah period 2x, aku pun tetiba sedih tau kenapa tak lekat lg time tu. Bila dah lekat, aku terfikir balik.. "Eh, cepat je kot rezeki aku. Org lain yg bertahun kawin pun ada yg belum dikurniakan rezeki untuk ada anak" Nampak tak sebenarnya ko okay je tp bila dah ada yg start tanya ko pun jadi tak keruan. Bila kau asyik terdengar ckp org gitu lah jadinya. Ishhh3.

Nak citer pasal kandungan aku sebenarnya tp termeleret pulak intronya. Okayy camni.. After aku pregnant masuk minggu ke 27 ke 28 aku saje nk g scan gender but sadly, ada berita yg tak berapa gembira. Dr ckp aku alami PLACENTA PREVIA which is uri kat bawah tutup jalan baby nak keluar. Type 4 lg tau. Tp aku google pasal ni ada yang cakap its too early untuk decide aku PP type 4 sbb kandungan pun kecik lagi. Because anytime uri boleh naik but according to Dr which aku rasa dia mmg pakar dia ckp uri cannot naik tapi aku percaya kuasa Allah. Now aku hnya mampu berdoa dan ikhtiar cara lain je.

Aku teruskan kehidupan macam biasa until episod BLEEDING bermula....

Yes, pada jam 1 pagi 1hb Ogos 2017 before nak tido aku g toilet nk kencing aku tgk kat panties mcm ada darah tp spotting je aku dah risau sbb Dr kat klinik desa dgn nurse ada pesan if ada nmpk pendarahan terus ke hosp. But I was so scared at that night. Yes semalamnya rumah aku quite busy sbb aku mmg kat dapur non stop. Tetamu dtg merisik adik aku. So aku masak 2x and kemas dapur mmg tak henti. Tetiba mlm tu bleeding. Aku tunjuk panties tu kat hsbnd aku then aku ajak g klinik 24jam utk scan and check baby pukul 3pagi kat Klinik Fadhilah Bkt Katil. Dr ckp baby smua okay and mmg uri aku kat bawah. Dia buat surat terus utk aku refer ke Hosp Melaka mlm tu juga but aku refuse. Aku ckp kat hsbnd aku, kita balik dulu if still bleeding kita g hosp and alhamdulillah takde bleeding so aku tido je mlm tu. Then pukul 2ptg tu aku call klinik desa bgtau condition aku. Nurse suh bwk result scan. So aku terus jumpa dr. Dr check aku kot2 aku ada luka di faraj or apa. Dia masukkan mulut itik tu. Dia kata takde luka. Then dia terus call Hosp Melaka. Dia buat surat suruh aku warded juga haritu. This time mmg aku tokleh elak lg dah. Ko bayngkan dr suruh bwk baju siap2 semua sbb aku akan admit lama sampai bersalin. Menangis wey aku dlm kereta sbb ko bayangkan lah kandungan aku baru berapa minggu takkan aku nak warded sampai 3 bulan??

Aku tenangkan diri, aku g minum and lepak2 dulu gan ofis mate aku ptg tu. Malam tu baru aku g labour room Hosp Melaka. Sampai sana dlm pukul 9malam. Punya lah ramai gila org time tu. Perghhh. Perut lapar gila tak dinner lg. Dah la hsbnd tokleh teman. So aku pun suh dia beli makan. Kesian dia dgn adik aku tunggu aku sampai jam 4 pagi lastly aku suh dorang balik tido sbb aku dgr Dr ckp pagi nnti bru dpt wad. So tido lah aku kat kerusi malas dalam labour room. You know what, tengah hari tu baru aku dpt wad. Okay fine aku admit 3hari 2malam then aku mintak balik. Dr bg balik maybe sbb kandungan aku kecik lg.

After 10hari aku discaj, episod BLEEDING kali ke 2 bermula....

Time ni aku tahu risk aku then aku mmg lepak je kat rumah takde masak or apa pun cuma aku ter angkat anak buah aku bwk turun drpd sofa ke lantai. Itu je. Bleeding aku boleh tahan byk drpd sblum ni. Habis panties tp darah tu bukanlah berketul2. Just mcm darah baru nak period mcmtu. So again admit lagi kat hosp. Aku tak ingat berapa hari aku warded tp aku mintak Dr untuk balik lg sekali sbb barang2 baby 1 apa pun aku tak prepare weh. Ko bayangkan baru 7bulan kot. Aku igt nak start beli brg smua tu bulan Sept. SO Dr bg kebenaran utk balik hanya seminggu. 1minggu tula aku kelam kabut prepare semuanya. Dr siap pesan suh bwk magazine or buku untuk baca dalam wad if aku bosan. Dia bg aku tarikh utk readmit. And aku akur ikut arahan.

BLEEDING kali ke 3....

Aku g serah diri kat Hosp Melaka pada tarikh yg dr bg. Hari Isnin aku sampai dalam jam 3.30ptg. Punyalah ramai gila org. Jam 6 ptg baru nurse panggil aku utk check. Then aku duduk tunggu kat labour room tu. Ya allah serius aku penat sgt sbb dduk terlalu lama. Nak dekat 7jam duduk shja tak buat apa2. Aku decide nk balik taknak admit. Dr kata boleh tp dia nak ternagkan risiko kat hsbnd and suh hsbnd sign "AOR" at own risk. Dr cakap risk aku sangat tinngi. Anytime aku boleh bleeding, and if bleeding boleh jadi macam air paip dalam 5minit boleh menyebabkan ibu and baby maty. Nauzubillahiminzalik. Hsbd dh pandang aku dia tak bagi tp aku berkeras nak jugak balik sbb aku dh stress. So g lah tukar baju kat toilet labour room. Aku kencing aku tgk kat toilet bowl ada darah. Cepat2 aku tukar pantyliner and yes berdarah :"(
husband terus tak bagi balik and aku cakap aku tukar keputusan sbb aku bleeding. Bayangkanlah, duduk sahaja pun boleh bleeding. Jam 11malam baru dapat wad. Aku sangat tak boleh positif time tu. Dengan katil aku takde kipas. 3hari aku tidur dalam keadaan panas. So keluarlah kat fb status2 yang menampakkan diri aku stress. Tp yg buat aku positif hsbnd aku tak pernah skip dtg hosp melawat, kawan2 mak jiran BKD dtg, bos adik aku dtg. Semua bg semangat. Dpt kawan katil sebelah yang tak sombong. Rupanya ujian dia lagi berat drpd aku. Ya Allah sungguh aku tak bersyukur.

So, dh seminggu kat wad aku mintak nak balik cuti raya Haji. 30hb Ogos tu aku mintak balik tp Dr bg date 3hb Sept aku mesti masuk balik sebab 4hb Sept Isnin tu dorang nak scan tp kau paham jelah bila dah seronok dduk rumah makan semua sedap and well, aku seorang yang degil kan sampai lah harini aku tak serah diri lagi. Tapi bila smua duk bising suh g aku pun buat lah keputusan minggu ni aku g serah diri tapiiiiii after aku tgk wayang citer KINGSMAN. Muehehe. So, maybe if warded kalini aku bawak laptop kot. Tengoklah camne. Tapi, nnti aku mesti rindu kat masakan hsbnd aku. Dia masak semua sedap2. Kat hosp takyah ckp la. Pucat je lauk dia. Ok lah nak makan roti telur adik ipar aku masak. hehehehe. Sampai ketemu lagi untuk next entry...........