Dec 31, 2012

perasaan sayang yang hampir MATI

Kadangkala bila kita terlalu sakit or terlalu tersiksa kita tak sedar apa yang kita lakukan. Bila hati ini dah merajuk tambah lagi dgn keegoan orang lain yang tak pernah hadir untuk memujuk, perasaan sayang tu akan mati dan hilang mcmtu je. Bila kita rasa sudah sampai masanya untuk kita buang dia dalam hidup kita, kita tetap akan buang juga. Kesabaran ada juga batasnya. Bila sabar itu hilang, tawar hati itu pasti datang. Tidak mahu berharap apa2 lg yang tak pasti. Sakit, jatuh dan bangun hanya ada DIRI SENDIRI dan ALLAH SWT.

Masa yang diambil tak perlu lama. cukup hanya sekadar beberapa hari untuk berfikir dan menyelesaikan bukan berdiam diri, hilang dan sepi tanpa khabar berita. Aku manusia dan perempuan yang punya perasaan. Bila kau tak perlu aku, kau campak ikut suka kau. Kau maki aku. Kau kasar dgn aku. Tapi dulu, bila kau perlu aku, aku lah yg kau cari, aku lah tempat mengadu, aku lah sahabat setia yg sedia mendengar isi hati kau. Sekarang apa pula?cukuplah aku menderita. cukuplah buat aku sakit. jangan datang lagi dalam hidup aku kalau kau taknak dan tak perlukan aku.

No comments: