Oct 9, 2017

Night at the hosp day 9

Harini hari ke-9 mommy tido kat hosp. Now dah jam 11.41pm. Mommy taktahu la kenapa mommy tiba2 rasa sedih. Harini takde siapa pun visit mommy. Mommy okay je and mommy cuba faham yg harini daddy kne bukak kedai sebab takde org handle then mommy kesian kat daddy nanti kne patah2 balik dtg kat mommy drpd cheng sbb harini daddy pun mcm byk urusan.

Mommy bukan apa, mommy rindu daddy. Awk bygkn daddy bkk kdai jam 2ptg, daddy ttup kdai jam 12.30mlm kdg2 smpi kul 2pagi baru daddy ttup. Rutin mommy kat sni, kul 7pg mommy bgun sbb nurse smua dh get ready nak tukar shift so dorang akan hands over rekod patient kat staff shift lain then lepastu MO jumpa patient katil by katil untuk review file and buat planning. Then jam 8pg bfast sampai. Lepas bfast patient tggu dr pakar visit wad. After dr pakar round wad and review file mommy, mommy tido balik sbb taktau nk buat apa. Jam 12t.ari mommy bgun sbb lunch dah serve. Jam 1ptg mommy call kjut daddy then daddy mandi and siap g kedai. Ptg tu biasanya jam 6ptg bru daddy visit mommy then daddy balik. Mommy sunyi tau. Takde siapa nk lyn mommy. Daddy pun kdg2 busy tak reply whatsapp mommy smpi mommy trtido tggu daddy. Bila mommy tido, esok pg mommy check cctv kedai mommy tgk daddy main game kat kdai kdg2 jam 5-6pagi baru tido.

Harini daddy tak visit mommy. Mommy ckp mommy lapar. Kalau daddy jd g restok kat kl mommy suruh daddy anta mkn kat mommy. Then tak jd. Mommy tnya siapa ada kat kdai? Tak respon. Mommy tgk cctv daddy tgh lyn cust lpastu daddy terus main game. Tak tgk fon. Mommy sedihlah! Kalau mommy tau kat kdai ada org handle dh lama mommy suruh daddy dtg anta mkn. Mommy just taknak susahkan dia semata2 nk anta mkn kat mommy kalau kdai takde org nk handle.

Lepastu mommy merajuk la. Mommy wasap la daddy berjela jela marah pastu daddy ckp ttiba mommy nk mrh kenapa? Dh la dia tgh sakit kepala lg migrain smlm belum hilang. Dia ckp mommy sikit pun tak tnya psl dia. Dia dh ok ke tak.tahu nk mrh dia je. Then mommy mcm taktahu nk react cmne. Mommy ke yg sensitif sgt sbb tgh mengandungkan awk? Mommy pun no idea. Tp mommy still sedih 😢😢

Oct 5, 2017

Journey of Mommy to be (34w4d)

Dear syg mommy. Harini takde cerita yg seronok but nak tahu apa tak??? DR dah bg date kat mommy. Yeay!! Date utk awk keluar is 25hb OCT 2017. Kalau 20hb tu mesti paksu ajiq suka sbb sama birthday dgn dia. Werkkk.

Kalau ikut betul2 due date awk kan syg, awk dijangka keluar dari perut mommy on 11/11/17. Cantik kan tarikh tu tp unfortunately mommy tak dpt keluarkan awk ikut pintu sbb mommy placenta previa. Type 4 lg. Kwn awk mmg btul2 ttup jln awk utk keluar drpd perut mommy. Mommy sedih jugak mula2 tp mommy positifkan diri mommy. Utk ank mommy ni mommy tak kisah dah awk nk keluar macammana asalkan awk sihat, sempurna. Cukup bg mommy.

Few days ni celah peha and kangkang mommy sakit je. Taktahu la if mommy kerap baring je. Mommy kne stay kat hosp sampai awk keluar syg. Ni pun mommy ngelat2 tp since awk dh 34w mommy serah diri je sbb awk makin mmbesar mommy risau something happen kat awk. Nurse ckp sakit kat celah antara peha tu standard sbb bby dah ada kat bwh. Betul ke awk kat bwh ni? Kalau betul takpe mommy boleh je hadap.

Ni peha kanan mommy ya allah sakitnya..nak kata cramp mcm bukan. Mommy kalau nk berdiri atau baring nk alihkan bdn mommy ya allah azabnya sayang. Kdg2 mommy terjerit sendiri. Daddy takde. Kalau tak mommy suruh daddy je urutkan. Ni mommy lalui fasa ni sorang2 kat hosp tanpa daddy. Takpe mommy sanggup berkorban untuk awk syg. 1 je doa mommy. Semoga allah permudahkan urusan mommy utk lahirkan awk. Semoga awk keluar dgn sihat tanpa apa2 komplikasi.

MOMMY LOVE YOU!!

#05102017
#5daysathosp
#another20days
#mommyissteady

Oct 2, 2017

Journey Of Mommy To Be...34w2d

Hai baby! Semalam mommy baru serah diri kat hosp. Kul 4 ptg mommy sampai kul 10mlm baru dapat wad. Padahal tak ramai pun. Habis mommy kene lecture dgn DR. Dr ckp camni kat mommy "awk tahu tak kalau awk bleeding kat rumah ni awk boleh mati tahu tak".. sian mommy kn? Mommy tadah jela telinga.

But sorry sayang, mommy bkn taknak jaga kesihatan and tak pentingkan keselamatan awk tp mommy tokleh go la duduk hosp lama2. Duduk rumah, atuk gan daddy masak sdp2. Daddy pun lyn je apa mommy nk mkn. Best sgt. Lgpun kalau duduk hosp mesti tak dpt celebrate birthday mommy and atok.  Hehehehe

Mommy escape. Mommy discaj haritu 30hb ogos 2017 sbb mommy nk beraya haji kat rumah. Dr kasi balik tp mommy kne readmit 3hb sept. Smlm 1hb Okt baru mommy admit. Degil kn mommy? Org degil mmg tokleh buat apa2. Harap2 nnti awk kuar awk tak degil mcm mommy tau?

Harini awk dah 34w2d dalam perut mommy. Thanks syg sbb awk behave sgt. Walaupun awk tendang2 tp mommy still boleh control lg cuma smlm mommy tokleh tido nyenyak. Mommy pusing kiri tak ok, pusing kanan tak ok. Mungkin sbb katil ni tak mcm kat rumah kot. Puas la mommy sendal bantal2 kiri kanan mommy mcm slalu sblum tido pun tak ok jgk. Mungkin awk semakin membesar. Nak tahu tak, pinggang mommy pun sakit tau. Harini kat celah tulang peha mommy dh start sakit2. Nurse ckp sbb awk kat bwh and lg 1 sbb uri kat bwh sbb tu sakit lg terasa. Hmmmmmm.

Pg td Dr ckp mommy kne repeaf scan lg 2mggu. Time tu mommy dh 36w. Harap2 smuanya ok. Kdg mommy tak faham. Mommy faham smua org risau psl mommy tp dorang tak duduk tempat mommy. Mommy ok dduk hosp tp utk 2bulan lebih tu terlalu pnjg bg mommy syg. Dorang tak rasa apa mommy rasa. Dorang takkan faham perasaan patient yg kene "placenta previa type 4" even bos mommy pun. Dia igt mommy ni robot agknya. Agak2 la mommy tak sihat kot tp mommy tak dpt pun rsa kata2 motivasi drpd dia. Mungkin sbb dia lelaki tak pernah rasa sakit bersalin tu camne.

Ok mommy dh start sakit belakang ni. Kalau mommy rajin nnti stiap hari mommy akn update pasal awk ye syg. Now mommy nk mkn  coklat ritter sport white hazelnut then baca buku 9bulan10hari yg mommy beli haritu. Bye sayang mommy! I love you! 😙

💖💖💖💖💖💖💖💖

Sep 20, 2017

PERJALANAN SEPANJANG HAMIL ANAK SULUNGKU

HELLO 2017!!

Well, sgt berhabuk okay blog aku since last update on March 2015. So, apa aku buat ek 2016 tu? hahahaha. Sebenarnya busy 2016 tu. Lupa password dh 1 hal, sibuk nk kawin lg.

Alhamdulillah pada 24 DEC 2016 aku sah bergelar isteri kpd suamiku ZAIREEN QAIYUM QUSHAIRIL B. ZAINUDDIN. Everything was running smoothly on that day. Im so blessed. Terima kasih Ya Allah atas redha Mu dan atas perancangan yg telah kau tetapkan untukku. Sesungguhnya aku sgt2 bersyukur. Dikurniakan suami yg sgt memahami, sgt menjaga diri ini, tak kedekut dgn aku dan family members aku yg lain. Sejuk mata memandang, pandai masak. Penyayang dan sgt2 support dgn kerja aku. Tak pernah berkira walausedikitpun. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. :'(

Kalau compare dgn yg sblum2 ni, masya allah jauh panggang dari api. Yes, pengalaman sgt mematangkan kita membuatkan kita pandai dan bijak memilih dan membuat keputusan. Pada aku, biarlah jodoh dtg lambat asalkan jodoh kita dengan org yg betul. Ujian selepas tu kita letak tepi yg penting dgn siapa kita pilih untuk jd teman hidup kita. Dan yg penting jgn lupa doa mintak petunjuk Allah yang Maha Kuasa.

Lepas 2 bulan kawin, Alhamdulillah again Allah bg rezeki pada kami. Aku hamil. Itupun org duk kerap tanya dah ada ke? takde good news ke? walaupun lepas kawin tu aku sempat lah period 2x, aku pun tetiba sedih tau kenapa tak lekat lg time tu. Bila dah lekat, aku terfikir balik.. "Eh, cepat je kot rezeki aku. Org lain yg bertahun kawin pun ada yg belum dikurniakan rezeki untuk ada anak" Nampak tak sebenarnya ko okay je tp bila dah ada yg start tanya ko pun jadi tak keruan. Bila kau asyik terdengar ckp org gitu lah jadinya. Ishhh3.

Nak citer pasal kandungan aku sebenarnya tp termeleret pulak intronya. Okayy camni.. After aku pregnant masuk minggu ke 27 ke 28 aku saje nk g scan gender but sadly, ada berita yg tak berapa gembira. Dr ckp aku alami PLACENTA PREVIA which is uri kat bawah tutup jalan baby nak keluar. Type 4 lg tau. Tp aku google pasal ni ada yang cakap its too early untuk decide aku PP type 4 sbb kandungan pun kecik lagi. Because anytime uri boleh naik but according to Dr which aku rasa dia mmg pakar dia ckp uri cannot naik tapi aku percaya kuasa Allah. Now aku hnya mampu berdoa dan ikhtiar cara lain je.

Aku teruskan kehidupan macam biasa until episod BLEEDING bermula....

Yes, pada jam 1 pagi 1hb Ogos 2017 before nak tido aku g toilet nk kencing aku tgk kat panties mcm ada darah tp spotting je aku dah risau sbb Dr kat klinik desa dgn nurse ada pesan if ada nmpk pendarahan terus ke hosp. But I was so scared at that night. Yes semalamnya rumah aku quite busy sbb aku mmg kat dapur non stop. Tetamu dtg merisik adik aku. So aku masak 2x and kemas dapur mmg tak henti. Tetiba mlm tu bleeding. Aku tunjuk panties tu kat hsbnd aku then aku ajak g klinik 24jam utk scan and check baby pukul 3pagi kat Klinik Fadhilah Bkt Katil. Dr ckp baby smua okay and mmg uri aku kat bawah. Dia buat surat terus utk aku refer ke Hosp Melaka mlm tu juga but aku refuse. Aku ckp kat hsbnd aku, kita balik dulu if still bleeding kita g hosp and alhamdulillah takde bleeding so aku tido je mlm tu. Then pukul 2ptg tu aku call klinik desa bgtau condition aku. Nurse suh bwk result scan. So aku terus jumpa dr. Dr check aku kot2 aku ada luka di faraj or apa. Dia masukkan mulut itik tu. Dia kata takde luka. Then dia terus call Hosp Melaka. Dia buat surat suruh aku warded juga haritu. This time mmg aku tokleh elak lg dah. Ko bayngkan dr suruh bwk baju siap2 semua sbb aku akan admit lama sampai bersalin. Menangis wey aku dlm kereta sbb ko bayangkan lah kandungan aku baru berapa minggu takkan aku nak warded sampai 3 bulan??

Aku tenangkan diri, aku g minum and lepak2 dulu gan ofis mate aku ptg tu. Malam tu baru aku g labour room Hosp Melaka. Sampai sana dlm pukul 9malam. Punya lah ramai gila org time tu. Perghhh. Perut lapar gila tak dinner lg. Dah la hsbnd tokleh teman. So aku pun suh dia beli makan. Kesian dia dgn adik aku tunggu aku sampai jam 4 pagi lastly aku suh dorang balik tido sbb aku dgr Dr ckp pagi nnti bru dpt wad. So tido lah aku kat kerusi malas dalam labour room. You know what, tengah hari tu baru aku dpt wad. Okay fine aku admit 3hari 2malam then aku mintak balik. Dr bg balik maybe sbb kandungan aku kecik lg.

After 10hari aku discaj, episod BLEEDING kali ke 2 bermula....

Time ni aku tahu risk aku then aku mmg lepak je kat rumah takde masak or apa pun cuma aku ter angkat anak buah aku bwk turun drpd sofa ke lantai. Itu je. Bleeding aku boleh tahan byk drpd sblum ni. Habis panties tp darah tu bukanlah berketul2. Just mcm darah baru nak period mcmtu. So again admit lagi kat hosp. Aku tak ingat berapa hari aku warded tp aku mintak Dr untuk balik lg sekali sbb barang2 baby 1 apa pun aku tak prepare weh. Ko bayangkan baru 7bulan kot. Aku igt nak start beli brg smua tu bulan Sept. SO Dr bg kebenaran utk balik hanya seminggu. 1minggu tula aku kelam kabut prepare semuanya. Dr siap pesan suh bwk magazine or buku untuk baca dalam wad if aku bosan. Dia bg aku tarikh utk readmit. And aku akur ikut arahan.

BLEEDING kali ke 3....

Aku g serah diri kat Hosp Melaka pada tarikh yg dr bg. Hari Isnin aku sampai dalam jam 3.30ptg. Punyalah ramai gila org. Jam 6 ptg baru nurse panggil aku utk check. Then aku duduk tunggu kat labour room tu. Ya allah serius aku penat sgt sbb dduk terlalu lama. Nak dekat 7jam duduk shja tak buat apa2. Aku decide nk balik taknak admit. Dr kata boleh tp dia nak ternagkan risiko kat hsbnd and suh hsbnd sign "AOR" at own risk. Dr cakap risk aku sangat tinngi. Anytime aku boleh bleeding, and if bleeding boleh jadi macam air paip dalam 5minit boleh menyebabkan ibu and baby maty. Nauzubillahiminzalik. Hsbd dh pandang aku dia tak bagi tp aku berkeras nak jugak balik sbb aku dh stress. So g lah tukar baju kat toilet labour room. Aku kencing aku tgk kat toilet bowl ada darah. Cepat2 aku tukar pantyliner and yes berdarah :"(
husband terus tak bagi balik and aku cakap aku tukar keputusan sbb aku bleeding. Bayangkanlah, duduk sahaja pun boleh bleeding. Jam 11malam baru dapat wad. Aku sangat tak boleh positif time tu. Dengan katil aku takde kipas. 3hari aku tidur dalam keadaan panas. So keluarlah kat fb status2 yang menampakkan diri aku stress. Tp yg buat aku positif hsbnd aku tak pernah skip dtg hosp melawat, kawan2 mak jiran BKD dtg, bos adik aku dtg. Semua bg semangat. Dpt kawan katil sebelah yang tak sombong. Rupanya ujian dia lagi berat drpd aku. Ya Allah sungguh aku tak bersyukur.

So, dh seminggu kat wad aku mintak nak balik cuti raya Haji. 30hb Ogos tu aku mintak balik tp Dr bg date 3hb Sept aku mesti masuk balik sebab 4hb Sept Isnin tu dorang nak scan tp kau paham jelah bila dah seronok dduk rumah makan semua sedap and well, aku seorang yang degil kan sampai lah harini aku tak serah diri lagi. Tapi bila smua duk bising suh g aku pun buat lah keputusan minggu ni aku g serah diri tapiiiiii after aku tgk wayang citer KINGSMAN. Muehehe. So, maybe if warded kalini aku bawak laptop kot. Tengoklah camne. Tapi, nnti aku mesti rindu kat masakan hsbnd aku. Dia masak semua sedap2. Kat hosp takyah ckp la. Pucat je lauk dia. Ok lah nak makan roti telur adik ipar aku masak. hehehehe. Sampai ketemu lagi untuk next entry...........

Mar 22, 2015

DUGAAN PALING TOP 2014-2015

Ahaaa. alang2 nak update pasal 2015 punya post, tetiba aku terasa nak buat listing dugaan yg aku rasa terhebat kene kat aku. Ada yg bertubi tubi ada yang okay, hadap je

1) iPad kene curi dengan anak kawan mak yang datang raya kat rumah. Fuhhhh. Siap taknak mengaku padahal takde suspek lain dh melainkan dia

2) Last submit new proposal on OCT 2014 sampai bln MARCH 2015 belum submit apa2

3) Cermin kereta honda qaiyum kene pecah and my handbag,handphone,duit SGD 300,dokumen and barang2 kerja,buku akaun TabungHaji dan ASB, kalkulator, alat makeup semua hilang kene rembat. Handbeg dgn duit yg paling aku ralat sekali sbb handbeg tu hadiah dari qie and duit tu aku kumpul dri aku kecik. Fuhh ttiba tulis ni teringat bergenang airmata aku. That day hujan lebat selebat lebatnya. Aku dgn qie basah kuyup kene hujan. Redah g buat report polis dan amek statement. Seat depan basah hujan masuk sbb cermin dh takde. Ohh tak mampu nk teruskan cerita. Sangat sedih!!

4) Amai adik qie excident teruk. Jatuh motor. 

5) Mom and daughter conflict. (aku) pasal kereta kne pecah and married things. Balik rembau ngadu kat abah. Abah peluk. Serius rasa heaven sgt berada dlm pelukan bapak

6) Makcik yg kepochi sibuk masuk campur urusan anak beranak. Siap mengata aku gan qaiyum kat whatsapp. Ckp aku ni beli brg2 mahal guna duit mak aku, Kau life aku pun taktau ada hati nak judge aku cmtu. Takpe, kau tunggu 

7) 4week tak pakai EYELINER and MAKEUP. (ehh jap dugaan ni okay lg boleh hadap)

8) Kene jual kereta WIRA abang. Hati sangat berat tp aku redha. cuma still rezeki aku sbb blum ada buyer. Yg tgk kete dh 2 org. 

9) Qie punya projek belum ada hasil. We still hope for miracle and rezeki dariNya

10) Phone aku NOW rosak.Dah la details psl client sume dlm tu. Huhhhh tercabar imanku. Org nk repair tu plak manjang busy. Kene cari kedai lain pulak

11) Baju aku banyak dah tak muat sbb aku makin bambam skang. Itu masalah!! aku kene turun kn berat badan and control mkn sbb aku tak larat nk beli baju baru

First entry in 2015

Assalamualaikum. Its been 2years I tak post apa2. Last post on March 2013 if im not mistaken. hihihi. Now already 2015 and my age was 20+ . Opss rahsia uolls! Tp wlpun baru nk masuk half of twenties I still rasa I muda lg. Boleh camtu? 

Bila baca older post rasa macam ntah hape2 budak ni tulis. tak matured lgsung tp tulah zaman tu pun sibuk nk berblog juga. Tp nanti lah nk kne cari time untuk delete post I yg merepek repek and childish tuh. Not now. Ni kebetulan ada dtg rajin sikit utk bkk dh kira okay ye dok?

2015. Though year for me kot. Just imagine kerja aku langsung tak produktif. 6 bulan tak keje,tak bg apa2 production utk diri sendiri and company aku. Kalau tempat lain konpem dh kne buang tp aku selamba je kn? yelah kita yg tentukan kita nk gaji byk mana. So apa ada hal. Tp kdg tu aku terasa jgk bila tgk kwn2 upload kat insta gmbr vacation diorang. Best kot but I? nowhere to go? Bila dduk sorang2 muhasabah diri how long I wanna be like this? This is the right time to WAKE UP and MOVE ON. 

Terasa nak cari keje lain pun ada tp bila difikirkan betapa sonoknya keje sendiri terasa ttiba hati tu taknak pulak. Tp kalau tak rasa keje makan gaji cmne aku nk disiplin diri kn? Entah lah. Let it be. 
Yang penting aku kene betulkan balik MINDSET aku ni. Teruk sangat tersasarnya.

HAA! lg 1 nk citer. fon aku rosak. wuarghhh. len kali nk rosak bg la signal dlu atleast aku boleh standby mana patut. hmmmmmm sedihhhhhhh. I want my fon back

Okay. Tu je nk luahkan. Nanti kita luahkan lagi kat entry yg lain. 

Daa

Mar 7, 2013

syukur alhamdulillah

syukur alhamdulillah ya allah. kau telah memberi petunjuk dan hidayah Mu kepada orang-orang sekeliling aku. aku amat bersyukur. adakah ini sebahagian daripada doaku ? terima kasih allah. alhamdulillah. kau dampingi lah aku dengan sahabat2 dan orang-orang2 yang baik. peliharalah aku, keluargaku dan sahabat2ku ya allah. ya allah limpahkan rasa tenteram dalam hati kami dan hilangkan dukacita dan kesedihan kami. Ya allah engkaulah yang merahmati kami dan rahmatilah kami dengan rahmat yang membuat kami kaya sehingga kami tidak memerlukan rahmat selain daripada Engkau. amin ya rabbal alamin .

Mar 1, 2013

after 13 days

selama 13 hari kita jadi begini, 13 hari jugak kita tak jumpa, 13 hari jugak kita makin worse and today is the day I met you. The 'NEW' you i guess. I was really excited after I know you will come and join us makan-makan tonite but sengaja diri ini buat-buat cool and takde perasaan tp dlm hati subhanallah ! rindu sgt kat kau hanya allah je tahu ! suddenly bile kau dtg, aku pandang kau dgn penuh harapan kau akan pandang aku balik tp ternyata tidak. sedih. takpe. maybe kau pun tak perasan aku. aku cuba control diri aku. segala negatif dh bermain kat fikiran aku. mood aku mula hilang. hati mula rasa tak seronok. mata mula mengantok. aku tunggu lg. aku perhati dari jauh. rancak je kau berbual dgn kwn2 yg lain. aku pandang lg. tp kau still tak pandang aku.hati dh sedih. rasa marah mula hadir. muka mula buat taik. dh start nak terasa and finally yes mmg aku luahkan kat kau aku terasa. direct aku cakap aku nak balik sbb dh tak larat and dh bengang. hari dh lewat. boring tahap gaban. termenung sorang2. sorry. mmg aku kasar. aku tak suka rasa tersisih. sumpah tak suka !

kenapa la aku org terakhir yg tau semua cerita kau ? cerita kau kat batu pahat. pengalaman kau semua kat sana. aku rasa mcm aku tak penah wujud. aku siapa pada kau ? kenapa dgn kwn2 len kau boleh je nk respond utk join g mkn or ape2 jelah tp tidak dgn aku? kenapa ? kenapa kau boleh gelak2 dgn kwn2 len tp bukan aku ? kenapa kwn2 len tau ape aktiviti kau dan kemana kau pergi tp bukan aku ? aku terasa. adakah ini sememangnya pengakhiran cerita kita ? :(

Feb 26, 2013

i'm keep hurting myself. why ?

Kenapa kita masih lukakan hati kita sendiri dengan apa yang kita buat ? Bodoh kan . Adakah sebab aku terlalu baik dan menjaga perasaan org smpai aku sanggup lukakan hati aku sendiri? Semalam lepas makan steamboat, aku g karaoke dengan family. I know several songs can make me sad and hurt but i still want to hear it and nyanyi. Bodoh kan ? And semalam dia txt. "Assalamualaikum..awak,saya mohon awak ampunkan segala dosa saya trhadap awak dan sy mohon awak buang segala rasa dendam atau apepun perasaan yang tak enak dlm hati trhadap sy terhadap apa yg telah sy buat kat awk. Allah dah mula menghukum sy. Sy seolah2 brhadapan perkara prkara yg sama awk rasa sblum ni. Maafkan sy. Doakan yg terbaik buat sy. Hanya tu pinta sy". Like seriusly aku mmg terkejut dan a bit hepy sbb akhirnya dia rasa jugak ape aku rasa. Dengan sifat ingin tahu apa yg jadi aku cuba tnye. And we're on fon call. Okay mmg aku tempat dia luahkan perasaan. Apa yg dia rasa, smua dia cter kat aku. Perasaan syg dia kat ainaa. Mcmne sedihnya dia kehilangan ainaa. Dia nak ainaa no matter what happen. Semuanya. Mcmna dia treat ainaa. Mmg excited. Aku dpt rasakan. Aku sedih. Yeah mmg aku sedih sbb dia sgt hepy tanpa aku smpai la ainaa buat dia mcmni. Tp aku yakin ainaa ada reason sendiri. Dia tetap nk tggu ainaa smpai bila2 pun. Sedih. Aku sedih. Tapi alhamdulillah dgn ujian yg allah bg kat dia ni, buat dia igt smula kat allah. We are over but he changes to the better person. Alhamdulillah. Itu yg aku harapkan. Allah makbulkan doa aku sikit2. Smpai aku rasa nk tlg dia dptkn ainaa mcmmna aku tlg ijat dlu dptkan fina. Aku sggup buat ape je asalkan org yg aku syg tu hepy wlpon aku tau itu akan menyakitkan aku sendiri. Bodohkan ?

Kini, sejarah berulang lgi. Aku mnjdi tmpt luahan perasaan insan yg aku ckup syg. Kdg2 aku pelik mcmna aku cukup kuat utk mndgr dan terima semua ni. Mungkin ni la kelebihan yang allah bg kat aku tnpa aku sedar. Ya allah kenapa hati ni pedih ya allah ? Aku redha dan pasrah dgn apa yg jadi. Ya allah hanya engkau yang maha besar dan maha mengetahui segala2nya dan kesemua isi hati. Kuatkanlah hati ini wahai allah. Amin. Terima kasih ya rabb. Aku bersyukur. Eisk

Feb 21, 2013

it's a month :(

Walaupun kau dtg tanpa diduga, kau isi hati ni tanpa aku sedari, aku kalah pada perhatian yang kau beri. Kini, kau pergi membawa diri dan biarkan aku sendiri. Uhm tp siapa kau untuk aku sedih bila kau nak pergi ? Lantak ah ! Pergi lah. :''( tak mungkin aku dpt sygkn kau dgn masa yang singkat. Tak mungkin !! Tp kenapa bila kau nk pergi aku rasa sedih ? Kau bukan dlm hati aku. Sebulan je takkan mungkin ada dlm hati aku. Takkan mungkin. Eiskkkk :'( kenapa aku mcm ni ? Aku rasa satu kehilangan. Ke aku dh mmg sygkan dia tp aku tak pernah sedar ?? Ya allah dugaan kauhebat. Lepas sorang, sorang tinggalkan aku. Adakah ini dosa2 ku dulu ? Kenapa org yg aku syg slalu tinggalkan aku and takde dgn aku ? Ya allah aku kuatkan ya allah? Kalau tak, takkan lah kau bg aku dugaan begini. Alhamdulillah.


Feb 20, 2013

kepada insan yang aku sayang

Now im here in seremban. Oh i mean negeri sembilan. Aku msg kat dia aku bawak diri but dia lgsung tak reply. I dunno ape perasaan dia skang. Aku tak sampai hati nak bia dia sorang tp aku nak dia rasa kenapa kami semua pergi jauh dari dia. Lepas satu, satu terjadi.Ya allah inikah ujian yang kau bagi ? Alhamdulillah aku masih mampu untuk mengharunginya. Semoga ujian yang kau beri ni memberi sinar dlm khidupan kami. Amin ya allah.

Feb 18, 2013









SABAR JELAH

assalamualaikum ? hello reader. (ada ke readers?) hahaha

dh lama aku berholiday. tak keje. tak buat sales. camna la nak masyuk . kan ? cuti CNY, aku adik2 dan family abah bercuti di endau rompin. 1st time oo family sblah abah nak buat family day. macam tak caya tapi best la wlpon byk bnda tak sempat nak buat. after balik drpd holiday, hari sabtu tu pulak mak nak buat kenduri doa selamat (katanya). Sampai pada masanya, kenduri berjalan lancar dan agak sempurna TAPI i dont know why lately too many things happen. aku sangat2 stress dan tertekan mujur ada yg sudi memahami diri ini wlpon time tu aku rasa nak marah je semua org.

Mcm2 insiden ada. Gelak, airmata, lakonan, marah, kecewa. semuanya bercampur baur. Takpelah ni mungkin ujian ALLAH. sabar dan terus sabar. Ape2 pun, aku proceed nk rest kat rembau utk smggu ni. nk kurangkn rasa stress yg ada dan kalau boleh kerja skali. buat sales kat sana. BTW, bulan ni bulan paling STRESS yang aku rasa.

Jan 4, 2013

cita-cita tinggi tapi usahanya?

ya allah entah kenapa lepas kenduri kawen abg tu aku rasa malas sgt2. Orang dah bertukar kepada mood kerja, aku masih lagi mood holiday.Minggu ni minggu paling teruk kot. Dengan bangun lambat, tanak masuk office. haiz apa nak jadi ni shira? orang lain dh berlari dh. semua dapat kes besar-besar siap buat proposal ribu raban lagi tapi aku masih terhegeh-hegeh berjalan. Apa lagi aku nak ? tulang belakang baru dah ada. nasihat dia kasi pun tak putus2 apatah lagi semangat. Boleh kata every morning dia remind aku tapi aku masih malas2. kesian dia mesti bengang dengan perangai aku yang camni.

Dear MALAS, shu2 GO AWAY !! aku nak tambah income ni.aku ada lagi 4 bulan je ni. tolonglah pergi jauh dari hidup aku. please. banyak nye benda PERLU BUANG as soon as possible. kene buat checklist ni apa lagi nak kene buang. hahahahaha (gelak syaitan)

K la. tulang belakang dah tunggu aku. dia dh get ready nak cuci aku. apa lagi kene pasang telinga dengar dia bebel. hahaha. OK BYE :)

Dec 31, 2012

bukan susah untuk minta maaf pun


perasaan sayang yang hampir MATI

Kadangkala bila kita terlalu sakit or terlalu tersiksa kita tak sedar apa yang kita lakukan. Bila hati ini dah merajuk tambah lagi dgn keegoan orang lain yang tak pernah hadir untuk memujuk, perasaan sayang tu akan mati dan hilang mcmtu je. Bila kita rasa sudah sampai masanya untuk kita buang dia dalam hidup kita, kita tetap akan buang juga. Kesabaran ada juga batasnya. Bila sabar itu hilang, tawar hati itu pasti datang. Tidak mahu berharap apa2 lg yang tak pasti. Sakit, jatuh dan bangun hanya ada DIRI SENDIRI dan ALLAH SWT.

Masa yang diambil tak perlu lama. cukup hanya sekadar beberapa hari untuk berfikir dan menyelesaikan bukan berdiam diri, hilang dan sepi tanpa khabar berita. Aku manusia dan perempuan yang punya perasaan. Bila kau tak perlu aku, kau campak ikut suka kau. Kau maki aku. Kau kasar dgn aku. Tapi dulu, bila kau perlu aku, aku lah yg kau cari, aku lah tempat mengadu, aku lah sahabat setia yg sedia mendengar isi hati kau. Sekarang apa pula?cukuplah aku menderita. cukuplah buat aku sakit. jangan datang lagi dalam hidup aku kalau kau taknak dan tak perlukan aku.

Dec 22, 2012

menangis sambil nyanyi ?

Good morning peeps !
harini bangun pagi rasa ceria sket. huhu semalam g melalak sampai pagi kot!  bgun je suara takde sekejap. akibat FEEL sgt g melalak. bila ada kawan ni tu makin menjadi. hehehe. ape2 pon best gila TETAPI, ntah macamna la semalam bila kak sal nyanyi lagu (Nurul- kerana terluka) aku boleh pulak feeling. sedih weyh. sentap rsenye. menusuk dalam jiwa kot. aku boleh bantai menangis kat situ ! errr malu gila dgn mirul,mapes,zareef,wani,melly,sal,nurna gan nikmat. korang bayangkan la bpe org kat situ. phew. mujur nafiz takde. kalau tak lg la bertambah malu. eh yeke ? aku rse if nafiz ade, aku takkan nangis kot. sebab dy kekuatan aku. kekuatan? BOLEH LA. tpi tu dulu la kot. skang nafiz dh takde lg. wuargh. nak nafiz balik !!

Aku taktau la apesal aku maseh lg teringat kat dia. susah nak lupa weh ! walau sakit hati, walau sedih, walau tahu aku bukan utk dia tapi masih lg teringat muka dia and kenangan lalu. benci la. nak delete semua. semuanya. taknak ingat ape2 dah! anyway, cube try hayati lirik lagu nurul ni yg buat aku rasa sedih sgt smlm tu. sure korang pon akan nangis kan kalau jadi aku ? :'(


Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan…
Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…
Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini
Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Dec 20, 2012

I'm SORRY

actually banyak sgt2 benda nk story kat sini tapi tak tersempat2. Yang pasti , aku dh boleh terima kenyataan yang aku dan FIRDAUS RAHIM dah takde ape2. redha dan pasrah. Cuma, aku sedih sebab ada beberapa hajat aku yang dia belum sempat untuk tunaikan. Tak apalah bukan rezeki aku kot. Tapi yang pasti semasa entry ni ditulis, aku sangat2 merindukan seseorang. Aku rindukan MOHD KHAIRUL NAFIZ. I know I was wrong, tp perlukah awak menyepikan diri mcmni skali ? Teruk sgt ke apa yg sy dh buat kat awak ? Ya ALLAH taktau cmna nk going back to normal. Rasa mcm nk putar semula masa. Kepada dua insan yang bernama FIRDAUS dan NAFIZ, aku memohon ampun dan maaf jika perbuatan ini, kata-kata ini,ego ini, degil ini membuatkan kalian berasa menyesal mengenali insan yg bernama shahirah. Major of the problem comes from me. I'm sorry I can't  be PERFECT


27 SEPTEMBER 2012 the day you found her

Assalamualaikum ?

Err  dunno how to start my story. Just now, aku search nama dia lg. Taktau kenapa tangan ni gatal sgt. Kan dh sedih balik ! elok2 okay je tak rasa apa2 ni dh rasa balik (kot). Sekali lg dipermudahkan utk jumpa acc TWITTER dia yang ntah keberapa tanpa sengaja. Then baca la tweet2 yg sedia ada. OMG, sedih lagi. Kenapa la aku ni cepat sgt rasa cmtu ?! ni yg rasa nak marah dengan diri sendiri ni. Hurm :(. Aku saja nk tau sejak bila dia mula kenal aaina then seperti tajuk entry ini, disitulah harinya bermula. itu yang aku notice. Maybe sebelum2 ni lagi dh contact kot. Just a MONTH aku left him I mean ktaorg decide tak contact and bwa haluan masing2 dlu utk sementara waktu tup2 he have someone else dah. Cukup hanya sebulan dia mampu BUANG sayang yg pernah wujud selama bberapa tahun ? mudah kan ? aku taktau la whether aku patut ke tak cerita semua ni kat sini tp inilah aku. I dun have someone to share this. I just have ALLAH that always hear my rintihan. Ada kawan yg sgt rapat dan sgt aku sayang pon dh pergi tinggalkan aku sendiri. I need someone that I can cry on his/her shoulder. I thought NAFIZ will be the right one but my assumptions was wrong. Tak apalah. aku tak boleh harapkan seseorang lagi. kekuatan aku, jatuh bangun aku semua terletak ats diri aku sendiri. Jauh lagi perjalanan. Semoga aku sentiasa dalam rahmatNYA. Aminn~

Dec 5, 2012

kehebatan DOA dan kuasa ALLAH

harini ALLAH nak tunjuk something kat aku. Ya Allah betapa mudahnya dia bg hint kat aku.. Harini baru aku tahu kenapa hatinya begitu keras even taknak cube lgsung bg 2nd chance kat aku.. dia dh ade yg lain.. just imagine hati ni tergerak nak bkk fb dia..wlpon aku tau ia salah tp hati ni kuat mgatakan utk bukak..
dlam diam, dia ade akaun fb lain then tertera email dgunakan utk acc kdua.. aku logout acc prtma ak cube utk yg kdua.. ak harap sgt ak dpt temui ssuatu and finally AAINA.. subhanallah.. betapa sedih,luluhnya hati ni mmbce sgala isi nya..aku tak sgka dia yg aku knl akn buat aku mcmni..aku prcye dia.. no wonder prsaan syg tu cpt sgt hilang utk aku..

betapa susahnya aku utk maafkn dia hnya allah sje yg tahu..want to be the best for aaina? ya allah..snggup dia buang aku org yg dia cinta slme bbrpe thun ni? taktau dimana silapnya..rsenye mslh kmi tak bsr mana pon..kalaulah aku tahu akhirnya bgini lebih baik aku mmlih org yg lebih myanyangi aku..sanggup ak ketepikan prasaan org yg btul2 ikhlas sygkn aku..aku pasrah menerima ujian kau ya allah.. jika ini ujian yg kau beri,pasti ad hkmah dsbaliknya..

guys, doakan kbhgiaan aku..doakan aku kuat utk tmpuhi smua ini..